Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

03 June 2010

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sarawak 2010

Hai, Selamat Datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab lama dah tak tulis kat sini. Maklumlah ada Facebook kan...sampai lupa pulak blog ni. Hehehe... . Tujuan saya menulis di sini adalah untuk menulis tentang pertandingan yang saya sertai baru-baru ini iaitu Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sarawak 2010.


Pertandingan ini berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2010 iaitu pada minggu lepas. Seramai 23 sekolah dari seluruh Sarawak menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dianjur oleh SMK Batu Lintang dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuching. Pertandingan ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS). Serama 16 kumpulan membuat persembahan pada hari pertama manakala 7 lagi peserta membuat persembahan pada hari pertama. Berikut adalah catatannya:


25 Mei 2010
Hari ini aku bangun awal. Maklumlah, it's show time!!! Hari ini saya ada pertandingan. Nervousnya.....tapi bukan saya seorang je yang berlakon...ada 4 orang lagi...jadi adalah orang pakai cover saya kalau saya ada salah...hehehe... . Saya bangun agak awal hari ini. Maklumlah, bertolak pun awal... . Pukul 4.50 dah bangun...lepas tu solat, mandi, bersiap-siap then turun sarapan pagi. Lepas sarapan, naik kereta, terus ke sekolah sebab cikgu suruh berkumpul dulu sebelum bertolak. Sampai je sekolah, saya terus pakai kostum...hehehe...nampak pelik je saya tengok diri saya berkostum macam tu...lepas settle semua, kami pun bertolak pada pukul 6.47 pagi...awal kan? Kelas pun belum start lagi...memang mengantuk giler time tu... . Semasa perjalanan pergi ke MBKS, semua nak tidur je...maklumlah...pagi-pagi buta dah naik bas...beraircond pulak tu...makinlah sedap nak tidur... .


Sampai je kat MBKS, kami pun daftar dan letak segala props di tempat yang disediakan...lepas tu, kami pun practice sekejap sementara menunggu giliran kami. Oh ya, giliran kami adalah giliran yang ke-2 iaitu selepas SMK Bandar Kuching No. 1. Kami membuat persembahan pada sebelah pagi iaitu lebih kurang pukul 8.30 pagi...sebab tu kami bertolak awal...MBKS tu jauh...hampir satu jam baru sampai destinasi. Memang berdegup kencang jantung saya...sampai je giliran kami, kami pun bersiap sedia dengan props, lightning, sound effects dan lain-lain lagi. Apabila selesai sahaja persembahan, kami pun menarik nafas lega...Fuhh.... .


Kami pun turun dari pentas dan masuk ke auditorium semula untuk melihat persembahan dari sekolah lain. Mereka semua hebat-hebat belaka sampai gerun kami melihatnya...sebuah persaingan yang amat hebat... . Apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, kami pun pergi ke perkarangan auditorium untuk makan tengahari dan rehat. Kami pulang pada pukul 2 petang. Sepanjang perjalanan pulang, sekali lagi saya melihat ramai orang tidur. Maklumlah...masing-masing letih, kan? Kami selamat sampai di sekolah pada pukul 3.30 petang.


26 Mei 2010
Saya turun kembali ke sekolah pada hari ni. Macam pelajar lain jugak, saya pun belajar...pada pukul 11.30 pagi, 9 orang yang terpilih berkumpul di hadapan blok pentadbiran. Pada pukul 12 tengah hari, kami pun bertolak dan masing-masing pun tidur, termasuk saya...hehehee...


Kami tiba di sana pada pukul 1.05 petang. Setibanya kami di sana, kami terus memasuki auditorium di mana kami membuat persembahan kelmarin. Pada hari ini, kami ada majlis penangguhan dan pengumuman keputusan untuk pertandingan ini. Majlis hari ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat dan lagu Negaraku. Seterusnya ucapan oleh tetamu kehormat dan Ketua Hakim/Juri. Setelah itu, keputusan pun diumumkan dan SMK Batu Lintang telah memenangi pertandingan ini. Akhir sekali, persembahan oleh koir dan orkestra SMK Batu Lintang. Walaupun kami kalah, tapi kami tetap gembira kerana kami telah melakukan yang terbaik. Kami berangkat pulang ke sekolah pada pukul 3.50 petang dan selamat sampai di sekolah pada pukul 4.30 petang.


Itu sahaja catatan saya kali ini. Bertemu lagi pada masa akan datang dan teruskan melayari laman web saya ini.

No comments: