Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

27 October 2009

Pasca UPSR SK Semerah Padi (Minggu 2)

Hello...selamat datang ke "TripleM's Here". Kalau minggu lepas saya sudah menulis tentang Pasca UPSR minggu yang pertama. Kali ini saya akan menulis untuk minggu yang kedua pula.

19 Oktober 2009
Untuk minggu yang kedua hari yang pertama, panitia BM telah mengadakan aktiviti. Aktiviti hari ini bermula dengan permainan bahasa. Permainan bahasa terdiri daripada 3 permainan iaitu tangga perkataan, mengecam perkataan dan menulis perkataan. Permainan tangga perkataan telah dimenangi oleh kumpulan 1, mengecam perkataan dimenangi oleh kumpulan 2 dan menulis perkataan dimenangi oleh kumpulan 1. Untuk slot yang kedua pula (10.30 pagi - 12.30 pagi) pertandingan deklamasi sajak telah diadakan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Raden Anisa Azeema binti Raden Amri dari kumpulan 3.

20 Oktober 2009
Pada hari ini, Panitia Sains pula mengadakan aktiviti. Hari ini, cuma tayangan video tentang sains untuk kedua-dua slot. Walaupun tidak seberapa, tapi amat menyeronokkan kerana mendapat ilmu.

21 Oktober 2009
Untuk slot yang pertama untuk hari ini, panitia KH telah mengadakan pertandingan KH. Kami telah diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada tiga pilihan untuk pertandingan. Sama ada kami ingin menggubah bunga, membuat lipatan dan mereka cipta. Untuk slot yang kedua pula, panitia PSK pula mengadakan aktiviti. Aktiviti panitia PSK adalah pertandingan mengeja dan situasi. 5 orang dari setiap kumpulan diminta menyertai pertandingan ini. Mula-mula, kami harus mengeja dan selepas itu memberikan satu contoh situasi yang berkaitan dengan perkataan tersebut. Selepas itu, sebuah lagi aktiviti diadakan iaitu aktiviti 'Bersatu'. Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 10 orang satu kumpulan. Kami diminta melukis sebuah lukisan yang berkaitan dengan bersatu. Setelah itu, kami disuruh menggunting lukisan itu kepada 10 bahagian. Seterusnya, kami diminta mempersembahkannya di atas pentas. Walau bagaimanapun, masa terlalu singkat untuk mempersembahkan hasil lukisan tersebut. Mungkin aktiviti ini akan diteruskan pada masa yang lapang ataupun markah tersebut dimasukkan ke dalam bahagian kreativiti.

22 Oktober 2009
Pada hari ini pula, kedua-dua slot diisi dengan ceramah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Ceramah yang pertama adalah tentang dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Manakala, ceramah yang kedua pula adalah tentang kemasukan ke tingkatan 1 oleh salah seorang guru dari SMK Semerah Padi.

23 Oktober 2009
Hari ini, berlangsungnya kuiz bahasa yang terdiri daripada BM, BI, MT, SNS dan PAI. Untuk slot yang pertama, kuiz BM, BI, MT dan SNS diadakan manakala slot yang kedua pula adalah kuiz PAI. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan 1.

Itu sahaja catatan saya untuk Pasca UPSR minggu yang kedua ini. Pada minggu hadapan, saya akan menulis untuk minggu yang ketika. Sehingga berjumpa lagi...

No comments: