Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

02 December 2010

Cuti Dah Bermula!

Hai semua!!! Selamat datang ke "TripleM's Here". Ha...sekarang cuti sekolah dah pun bermula. Masa ni lah untuk kita tenangkan fikiran dan juga untuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan 2011. Tapi ingat...cuti, cuti jugak...buku tu jangan tak bukak yer...lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM & STPM 2011. All the best untuk semua calon yer!

13 November 2010

Cuti Sekolah Hampir Tiba!!!

Yay! Yay! Cuti Sekolah! Ya, betul! Kini cuti sekolah hampir tiba...!!!! Tapi ingat! Cuti, cuti jugak...study jangan lupa...supaya kita lebih bersedia untuk cabaran tahun hadapan. Dan tak lupa kepada pelajar SPM, all the best!!! Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!!!


Mohd Muazzam Mifzal
Penulis Blog "TripleM's Here"

13 June 2010

Cuti Sekolah!!! Yahoo!!

Selamat datang ke "TripleM's Here". Musim cuti sekolah dah bermula!!! Yahoo!!! Tapi ingat, cuti, cuti juga...study jangan lupa...terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM. STPM dan STAM. Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan berikut, semoga berjaya...mudah-mudahan, segala usaha yang anda buat berbaloi...Amin...

23 June 2008

Rai Cuti Sekolah Di Kedah eps.2

Hai,selamat sejahtera dan selamat kembali dalam "TripleM's Here".Jadi,saya sambung lagi cerita saya.Jadi,pada 22 November 2007 ,malamnya saya dan ibu saya mulalah berkemas barang sebelum pergi supaya tidak terburu-buru pada esoknya.Hati saya berasa tak sabar-sabar lagi hendak bertemu dengan sepupu atau dalam bahasa sarawak,orang cakap 'tunggal'.

Keesokan harinya,lebih kurang pukul 8.30 pagi,kawan ibu saya mengambil kami dan menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).Tanpa membuang masa,saya terus mendaftar masuk dan memasuki ruang menunggu pesawat.Pesawat kami memasuki pintu no.7.Kami tidak menyangka kami akan menaiki pesawat AIRBUS untuk ke Kuala Lumpur.Nak tahu kenapa saya pergi Kuala Lumpur ? Ha,kerana kami menaiki pesawat MAS dan MAS tak ada pesawat untuk terus ke Penang.Jadi,kami kena transit Kuala Lumpur.

Sebelum kami ke Kuala Lumpur,kami ada pengalaman yang....tak beberapa begitu best.Pesawat kami tak beruntung kerana asyik kena 'delayed' saja.Jadi,kena 'delayed' sampai pukul 10.00 pagi.dahsyat kan?

Jadi,sampailah pesawat kami pada pukul 10.15 pagi.kami menaiki pesawat.Tapi,kami kena sayap pesawatlah pulak.Jadi,tak boleh nampak sangat pemandangan KIA.Jadi,lebih kurang pukul 11.45 pagi,sampai pun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jadi,kami lihat maklumat penerbangan.Saya tengok,pukul 12.35 baru pesawat kami nak pergi Penang.Sementara menunggu,kami pergi makan di Burger King.Tak adalah makan burger sangat.Makan ringan-ringan saja.Makan kentang goreng je....

Tengok,dah pukul 12.20.Nasib baik dah habis makan.Jadi kami terus ke pintu B4 iaitu pintu pesawat kami mendarat.Kami memasuki pesawat.Sekali lagi,kena bahagian sayap.Hati merungut."Alah,eee...tak bestlah".

Jadi,kami berlepas pukul 12.45.Dalam pesawat Boeing,kalau Airbus tadi boleh tengok video tentang keselamatan semasa dalam pesawat.Ni,dia guna anak kapal.Apa-apa jelah...asalkan selamat sampai....

Kami selamat sampai pada pukul 1.55 petang.Pak Lang saya menjemput saya.Sebelum pergi ke Kedah,kami pergi ke Balik Pulau,tempat tinggal nenek sebelah Mak Lang.Sampai sini dulu ya... .Nantikan episod yang seterusnya ya.Tunggu dan nantikannya........

22 June 2008

Rai Cuti Sekolah Di Kedah eps.1 (Pengenalan)

Hai,selamat datang ke "TripleM's Here".Kalau dahulu saya ceritakan pengalaman di dalam Sarawak.Kali ini saya akan menceritakan pengalaman di luar Sarawak,iaitu negeri yang diberi gelaran "Jelapang Padi" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Rice Bowl of Malaysia".Apa lagi kalau bukan KEDAH!.

Pengalaman ini berlaku semasa cuti.Ibu saya bercadang untuk melawat ataupun dikatakan menziarahi keluarga sebelah ibu saya.Sebenarnya,ibu saya adalah seorang guru.Jadi,setiap guru mendapat tiket kapal terbang untuk ke mana-mana saja dalam Malaysia.Sekian dulu sahaja cerita saya.Nantikan lagi cerita ini dalam eps.2.Nantikan...

Perjalanan Ke Daro eps.akhir

Helo,Selamat Sejahtera dan Selamat kembali ke Perjalanan Ke Daro episod yang ke 3.Jadi.kita sambung lagi.Keesokan harinya,kami bersama usu saya pulang ke Daro.Kami bertolak dari Sarikei ke Daro pada pukul 1.30 petang.Usu saya pulak berlumba bersama ayah saya.Di Dalat,lain pulak jadinya.Jalan amat berbatu hinggakan kotor kereta saya.Kami singgah sebentar di Mukah lebih kurang pukul 3.30 petang.Tetapi,sebelum itu kami terpaksa mengharungi batu-batu dan lopak-lopak air selama 1 jam.Kami makan dan berjalan sebentar.Di situ kami sempat bertemu dengan guru tadika saya,Cikgu Lela.Dia berniaga di situ.Dia berniaga kuih tradisional dan sebagainya.Kami sambung semula perjalanan kami pada pukul 4.00 petang.Sibu pun macam tu jugak.Jalan berbatu-batu sebelum sampai ke Sibu Jaya lebih kurang pukul 4.45 macam tu lah.Akhirnya,sampai jugak di Daro pada pukul 6.30 petang.Sekian sajalah perjalanan saya ke Daro.Tapi saya tidak akan berakhir di sini.Nantikan kemunculan cerita terbaru "Perjalanan Pulang Ke Kuching" dan "Rai Cuti Sekolah Di Kedah" tidak lama lagi.

Perjalanan Ke Daro eps.2


Perjalanan amat memenatkan.Selepas pulang tuisyen,saya bersama ibu bapa berehat sebentar di rumah.Pada pukul 3.00 petang,kami terus pergi dengan perasaan yang gembira.Lebih kurang pukul 4.00 petang,kami berehat sebentar di Lachau Rest Stop.Kami meneruskan perjalanan pada pukul 4.15 petang.Kami ingin terus ke Daro tetapi kami amat penat.Kami singgah ke Sarikei pada pukul 8.00 malam.Kami berehat di Rumah Usu saya.Sampai sini dahulu.Saya akan sambung lagi dalam episod seterusnya!Tunggu....

08 June 2008

Perjalanan Ke Daro eps.1(Pengenalan)

Saya akan ceritakan perjalanan saya dan keluarga semasa cuti sekolah ... pada minggu hadapan.Tunggu ya....