Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

08 November 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Kampung Budaya Sarawak (Siri 1)

Hello, kepada yang baru melayari laman web ini, saya ucapkan selamat datang ke "TripleM's Here". Sementara saya memikirkan tentang Pasca UPSR minggu yang ke-4, saya akan menceritakan tentang lawatan sambil belajar saya ke Kampung Budaya Sarawak (KBS) atau Sarawak Cultural Village (SCV). Berikut adalah ceritanya:


Pada pagi 3 November 2009, saya bangun dari tidur agak awal daripada biasa. Selalunya saya bangun pukul 6, ataupun 6.15. Tapi hari ini saya bangun pukul 5.50. Awal sikit, kan? Maklumlah, today is a special day. Hari ini, sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke KBS. Tak sabarnya!!! Sebenarnya, saya pernah pergi KBS dulu, tapi masa tu umur masih 5 tahun. Bukannya tahu apa-apa pun. Tahu jalan adalah...


Okey...okey..., berbalik kepada cerita...lepas saya bangun dari tidur, terus sembahyang subuh. Takut kalau lepas mandi nanti, tak sempat sembahyang. Lepas sembahyang, baru mandi. Mandi punya mandi punya mandi, tak sangka waktu dah pukul...6.30? Aaa!!!!! Dah lambatlah!!! Dahlah kena berkumpul kat sekolah sebelum pukul 7...mati aku!!! Apa lagi, terus siap-siap...makan pagi, terus masuk kereta.


Masuk kereta, tengok jam lagi...pukul 6.50 dah. Alamak!!!! Sampai sekolah, dah cemas dah, tengok jam, pukul 6.55...nasib baik. Apa lagi, terus berkumpul kat lobi sekolah. Saya tengok dah ramai orang kat sekolah. Tapi ada orang lebih lambat lagi dari saya. Nasib baik... .


Jam menunjukkan waktu sekarang pukul 7.00 pagi. Bas belum sampai lagi. Jadi, kami semua pergi berkumpul di tapak perhimpunan dulu untuk perhimpunan pagi. Selepas 15 minit di tapak perhimpunan, perhimpunan pun selesai. Setelah itu, kami berkumpul di lobi atau ruang legar sekolah semula. Beberapa minit kemudian, bas kami pun sampai di sekolah... . Sebelum menaiki bas, kami telah diberi taklimat oleh Cikgu Zulkiflee. Setelah taklimat selesai, kami pun menaiki bas yang telah diaturkan. Bas yang pertama bertolak ialah bas kumpulan 4. Diikuti dengan bas prasekolah, bas kumpulan 1, bas kumpulan 2 dan bas kumpulan 3.


Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat betapa indahnya Kuching dan juga khazanah alamnya. Kami juga dapat melihat keindahan Gunung Santubong dari pandangan jauh. Saya asyik makan je sebab makan sikit je pagi tadi. Hehehe....


Beberapa minit kemudian, kami tiba di Kampung Budaya Sarawak. Betapa terkejutnya saya, rupa-rupanya bukan sekolah saya saja yang mengikuti lawatan ini. Sekolah-sekolah lain juga turut mengikuti lawatan ini seperti Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SKA DHAKH) dan banyak lagi. Sampai lupa pulak. Hehehe.....


Baiklah, sampai di sini saja dulu tentang lawatan saya ke KBS. Saya akan menyambung cerita saya ini dalam satu lagi siri akan datang. Sehingga berjumpa lagi...

1 comment:

Ynn said...

Yer~~
sekolahku!ceh...haha...