Pertandingan ini telah diadakan beberapa minggu yang lalu di Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat Jalan Astana, Kuching, Sarawak. Posisi saya dalam pertandingan ini ialah konduktor. Mungkin orang menganggap posisi saya ini satu perkara yang remeh-temeh sahaja tapi sebenarnya posisi ini amat penting bagi satu kumpulan koir kerana ia memberikan suatu impak yang besar. Selain itu, ia juga dijadikan panduan untuk sesuatu kumpulan.
Sebelum pergi ke lokasi pertandingan, kami harus pergi ke sekolah dahulu untuk membuat persiapan diri dan persiapan akhir. Pada jam 7.45 pagi, kami berangkat ke lokasi pertandingan dengan menggunakan bas sekolah yang disewa oleh pihak sekolah.
Kami tiba di lokasi pertandingan pada pukul 8.00 pagi. Pada mulanya, aku sangka hanya 7 hingga 8 pasukan sahaja yang menyertai pertandingan ini. Tetapi, setelah saya tiba di sana, ternyata sangkaanku salah. Pertandingan ini disertai oleh 11 pasukan dari sekolah-sekolah zon B.
Giliran kami adalah giliran yang ke-5. Semakin hampir saat kami ke pentas. Semakin berdegup
kencang jantungku. Maklumlah, nervous.... .
Saat yang tunggu telah tiba. Giliran kami yang menaiki pentas. Kami menyanyikan lagu yang bertajuk 'Setangkai Mawar' dan 'Pahlawanku' . Setelah selesai persembahan kami, degupan jantungku semakin reda.
Setelah semua pasukan selesai membuat persembahan, konduktor-konduktor dari setiap pasukan harus datang mengambil hadiah. Sebelum keputusan diumumkan, kami haruslah mengambil sijil penyertaan dahulu.
Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Keputusan telah diumumkan. Sekolahku mendapat tempat yang ketiga. Tempat kedua milik Sekolah Kebangsaan (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Manakala tempat yang pertama disandang oleh tuan rumah sendiri iaitu SK RPR Jalan Astana.
Walaupun mendapat tempat ketiga, tetapi aku masih bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat nombor daripada tak dapat langsung. Apa-apa pun kami masih berseronok dan semestinya pengalaman ini tak dapat ku lupakan.
Itu sahaja catatanku buat kali ini. Bertemu lagi di masa yang akan datang. Selamat tinggal.
-Mohd Muazzam Mifzal-
-Blogger-
-Blogger-
No comments:
Post a Comment