Helo, selamat datang ke "TripleM's Here".
Seperti yang saya cakap pada episod yang lepas, saya akan ceritakan tentang pengalaman saya semasa lawatan sambil belajar ke muzium-muzium di Kuching.
Setelah kami selesai melawat Muzium Etnologi, kami pergi ke muzium yang seterusnya iaitu Muzium Seni, di sana tidak banyak hasil seni yang ditayangkan tapi hasil seni di sana memang sangat cantik dan amat menarik untuk dilihat. Kami juga sempat mengambil beberapa gambar melalui telefon bimbit dan juga kamera.
Selepas itu kami ke Dewan Tun Abdul Razak. Di sana, terdapat sejarah-sejarah tentang Malaysia, penubuhan Timur Malaysia bersama dengan Semenanjung Malaysia dan lain-lain lagi. Di tingkat atas Dewan Tun Abdul Razak, ada bahagian tembikar. Banyak tembikar dari pelbagai kaum dan juga fungsinya.
Kami berehat selama 10 minit untuk minum pagi. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke muzium yang seterusnya iaitu Muzium Islam. Di sana, banyak barang berasaskan Islam dan di sana juga ada replika pedang Nabi Muhammad s.a.w . Pedang itu sangat besar, berkilat dan cantik.
Pada pukul 11.30 pagi. Semua murid berkumpul di Dewan Tun Abdul Razak untuk makan tengahari. Setelah selesai, kami pergi ke kedai muzium yang berada di bangunan Dewan Tun Abdul Razak untuk membeli beberapa cenderamata.
Selepas itu, kami ke destinasi yang terakhir iaitu Akuarium DBKU, di sana ada bermacam-macam jenis spesies ikan. Di sana juga ada buaya, kura-kura, penyu dan lain-lain lagi. Setelah habis melawat Akuarium DBKU. Kami terus berkumpul semula di perhentian bas laluan muzium. Bas yang pertama yang mengambil kumpulan 1 dan 2 berangkat pada pukul 12.52 tengahari dan tiba di sekolah pada pukul 1.09 petang manakala bas yang kedua yang mengambil kumpulan 3 dan 4 berangkat pada pukul 12.56 tengahari dan tiba pada 1.13 petang.
Sekian sahaja catatan untuk lawatan ini. Jangan lupa tunggu untuk catatan yang seterusnya. Tunggu ye....
No comments:
Post a Comment