Hai, kepada yang baru melawat blog ini, saya ucapkan selamat datang ke "TripleM's Here".
Sementara saya memikirkan tentang cerita City Of Kuching episod yang seterusnya, saya akan ceritakan pengalaman saya semasa melawat muzium-muzium di Sarawak.
Lawatan ini telah berlangsung pada Rabu, 12 November 2008 dan disertai oleh 80 orang murid (20 orang setiap kelas dan kumpulan) dan 4 orang guru (seorang guru setiap kumpulan). Lawatan ini ditaja oleh Kementerian Pelajaran Sarawak.
Pada Selasa, 11 November 2008, PK HEM telah memilih 20 pelajar dari setiap kelas. Pelajar-pelajar tersebut harus berkumpul di lobi sekolah dan PK HEM memberi sedikit penjelasan tentang cara-cara untuk mengisi borang perlepasan ibu bapa yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Sarawak.
Pada keesokan harinya, semua pelajar berkumpul di lobi sekolah pada pukul 7.30 pagi. PK HEM memberi sedikit taklimat tentang tingkah laku semasa melawat muzium dan macam-macam lagi. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan. Saya memasuki kumpulan 4. Kumpulan-kumpulan telah dibahagi kepada dua bas. Kumpulan 1 dan 2 menaiki bas yang pertama manakala kumpulan 3 dan 4 menaiki bas kedua. Saya memasuki kumpulan 4.
Kedua-dua bas bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di perkarangan laluan muzium pada pukul 8.23 pagi. Setibanya kami di sana, kami terus ke Muzium Etnologi. Kami berjumpa dengan pemilik muzium tersebut dan mengadakan sesi bergambar beliau. Setelah itu, kami terus masuk ke muzium tersebut.
Kami memulakan perjalanan kami dengan melawat bahagian ular dan cicak. Di sana, ada beratus-ratus spesies ular dan berpuluh-puluh spesies cicak. Kemudian, kami melawat ke bahagian ikan. Di sana ada bermacam-macam jenis ikan. Ada ikan air tawar, ikan air masin, ikan sungai dan ikan kolam. Ada spesies ikan todak, ikan arowana dan macam lagi spesies dan jenis. Seterusnya, kami ke bahagian haiwan hutan dan koleksi topeng. Di sana banyak haiwan hutan dan koleksi topeng dari seluruh dunia. Seterusnya, kami ke bahagian batu-batu laut. Di sana, ada banyak batu seperti batu mutiara dan batu gajah. Selepas itu, kami ke bahagian alat-alat muzik di tingkat atas. Di sana, saya boleh melihat bermacam-macam jenis alat muzik yang digunakan di Sarawak. Salah satu alat muzik yang terkenal di seluruh dunia ialah sape. Sape ialah alat muzik yang nadanya ibarat gitar dan selalu digunakan oleh kaum Iban. Selepas itu, kami ke bahagian koleksi topeng. Bahagian ini mengisahkan jenis-jenis topeng dan fungsi-fungsi topeng mengikut jenis. Selepas itu, kami ke bahagian rumah tradisional di Sarawak. Di sana, saya boleh lihat bermacam jenis rumah di Sarawak. Di sana juga ada sebuah replika Rumah Panjang yang diduduki oleh kaum Iban. Yang terakhir, kami ke bahagian senjata dan sejarah keretapi di Sarawak. Di sana, ada banyak dan bermacam-macam jenis senjata yang dikumpul sejak zaman penjajahan lagi. Di bahagian sejarah keretapi pula, saya boleh lihat beberapa gambar-gambar keretapi yang beroperasi dari Lebuh Brooke hingga ke Batu 7. Gambar-gambar keretapi tersebut juga ada. Keretapi itu beroperasi untuk menghantar barang-barang seperti minyak, makanan mentah dan lain-lain lagi.
Sekian sahaja untuk kali ini. Saya akan sambung cerita saya di dalam episod yang seterusnya. Tunggu....
No comments:
Post a Comment