Assalamualaikum...
Selamat Datang ke TripleM's Here. Segala pengalamanku akan ku tinta di sini sebagai tatapan para pengunjung.
Pengalaman Pertama
Pengalaman Pertama
Kehidupan ini ibarat roda
Kadangkala di atas, kadangkala di bawah
Hidup ini tidak pernah lekang dengan cabaran
Kerana dengan cabaran itulah
Terukirnya sebuah pengalaman pertama
Hargailah kehidupan
Kerana tanpa hidup
Kita tidak wujud hari ini
Hargailah orang di sekeliling
kerana mereka mungkin akan membantu kita
suatu hari nanti
Hargailah keluarga
Kerana keluargalah yang mengajar erti
Kematangan hidup
Dan hargailah pengalaman
Kerana pengalaman mengajar kita
Erti hidup yang sebenarnya
Semua ini mampu mencetus pengalaman pertama
Sama ada pahit atau manis
Dan Semuanya terletak di tangan kita
Untuk menempuhinya atau berpatah kembali
Pengalaman pertama
Semua pernah dan akan merasainya
Tidak mengira bila atau di mana jua
Ingatlah bahawa
Dari pengalaman pertamalah
Akan mencetuskan memori yang penuh suka dan duka
Mohd Muazzam Mifzal
Penulis, TripleM's Here
No comments:
Post a Comment