Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

16 October 2013

Kembara Aidilfitri Menuju Kedah Yang Lama Dinanti...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Selamat datang ke TripleM's Here.

Sebelum memulakan bicara, saya memohon maaf sebab dah lama dah tak menulis kat sini. Almaklumlah, masuk tahun baru ni, sibuk memanjang.

Kali ini saya ingin berkongsi bersama pembaca tentang perjalanan raya ke kedah pada 6 Ogos yang lalu.

Saya sekeluarga bertolak dari rumah ke lapangan terbang pada jam 10 pagi memandangkan flight kami bertolak pada jam 11.25 pagi. Setibanya kami di sana, kami terus mendaftar masuk dan ke balai berlepas. Pada hari itu, balai berlepas sangat sesak kerana kebanyakan perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Jadi, sementara menunggu untuk masik ke dalam pesawat, saya sekekuarga pun melayari laman web. Almaklumlah saya sekeluarga keluarga gila IT. Hehehe... . Oh ya, sebelum masuk balai berlepas, ayah saya bayar zakat. Alang2 dah nampak amil kat airport, bayar je lah. Tak baik bertangguh kerja, kan?

Menyucikan harta melalui zakat fitrah

Agaknya apa yang ayah dan mak saya sedang surf, yer? Anyway, they look so sweet together! :D


Tak lama lepas tu, kami pun masuk ke dalam pesawat. Maka bermulalah penerbangan kami dari Miri ke Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 15 minit. Lama giler tu... . Aku pun tidur je lah. Maklumlah hari sebelumnya berkemas sampai tengah malam.
Selamat tinggal Miri. Lepas raya jumpa lagi. :)

Sampai di KLIA, kami pun tengok penerbangan seterusnya ke Pulau Pinang. Sekali dia tunjuk PINTU BARU...alaa...skrg nak menapak lagi ke pintu baru...huhu... . Tapi sebelum buat apa2, kami sembahyang jamak zohor dan asar dulu. Lepas tu, baru kami meneruskan perjalanan kami. Penerbangan dari KLIA ke Pulau Pinang mengambil masa selama lebih kurang 50 minit.

Sekilas pemandangan dari balai berlepas dalam negeri, KLIA. Sesak giler tu...

Tiket untuk penerbangan seterusnya. KUL-PEN.

Tapi bila dah masuk, ada sesuatu perkara telah berlaku. Petugas cakap penerbangan dilewatkan. Saya pun dah boleh agak sebab dah dekat nak waktu berlepas dah tapi pesawat pun tak nampak lagi. Delay punya delay, penerbangan kami pun berlepas lebih kurang pukul 3.30 petang. Haa..kali ini saya tak tidur sebab pesawat ini yang saya naik ini adalah pesawat baru MAS yang dilengkapi ciri-ciri mewah. Salah satunya ialah kemudahan dalam penerbangan yang dinamakan Select Feature. Menarik kan?
.
Select Feature
Setelah mengharungi perjalanan selama 50 minit. Akhirnya kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Kami dijemput okeh sepupuku di sana. Kami bertolak dari Pulai Pinang ke Bandar Baharu, Kedah lebih kurang jam 5 petang. Ingatkan dah sampai Penang bolehlah sampai awal. Tetapi baru saya ingat bahawa Jambatan Pulau Pinang mesti sesak. Ditambah lagi dengan waktu puncak dan waktu orang balik dari tempat kerja dan musim perayaan ni, saya yakin mesti sesak punya...

Dah agak dah...huhu. :(  Confirm jam punya kalau dah sampai atas Jambatan. 

Setelah mengharungi perjalanan yang agak memenatkan, kami pun tiba di Bandar Bahatu lebih kurang jam 7.30 malam. And just in time untuk bika puasa. Alhamdulillah semua ini datangnya dari Allah.  DariNya jugalah segala rahmat dan nikmat dari pelbagai aspek kehidupan manusia.


**********

Sekian sahaja catatan saya kali ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Aidilfitri kali ini membawa erti kemenangan yang sebenar dalam hidup anda. Amin...

Sehingga berjumpa lagi dalam catatan seterusnya. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahabbah! :D




22 November 2011

Penghijrahan - Kebahagiaan atau kesedihan???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab dah lama tak tulis kat sini saya baru berpindah ke sekolah baru (nak cakap baru, taklah baru sangat...). Sekarang, saya berpindah ke SMK Agama Miri. Suasananya lebih kurang macam sekolah lama, cuma jauh dari bandar but never mind, saya ke sekolah baru atas tujuan belajar dan mengikuti ibu saya yang dinaikkan pangkat menjadi PK1 di sekolah yang sama.

14 September 2011 - Kenangan Terindah di TunAZ...
Hari itu kurasakan seperti baru sahaja berlalu...seperti baru semalam aku menerima bahawa ibuku mendapat tawaran menjadi PK1 merangkap di SMKA Miri. Bagaimana dengan aku? Mahu tak mahu, aku kenalah mengikuti ibuku sebab kalau aku di Kuching, dengan siapa aku nak tinggal? Takkan tinggal seorang-seorang pulak...so, aku ikut je....redha dengan ketentuan Allah bahawa aku terpaksa meninggalkan rakan-rakanku di SMKA Tun Ahmad Zaidi (TunAZ). Hari itu, semua mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Kebetulan, aku demam pada hari sebelumnya...mungkin kerana terlalu tension (hehehe...).

Sekembalinya aku di rumah, aku mengemas barang-barangku untuk dibawa ke Miri. Ibuku telah mengisi borang perpindahanku ke Miri. Itu adalah kali pertama aku melihat borang tersebut. Ingin sahaja aku putarkan masa bila ibu aku memohon jawatan tersebut. Entahlah...mungkin ini yang dinamakan rezeki. Sesungguhnya rezeki datang dari Allah dan seringkali aku teringat akan pepatah "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari,". Malam itu aku tidur tidak nyenyak. Tapi akhirnya lena, mungkin kerana keletihan mengemas barangku. Esoknya, aku bersama keluargaku harus mengemas barang-barang elektrik pula. Perabot-perabot hanya kerusi kayu kesayangan ibu dan cermin ukiran kayu sahaja dibawa kerana kuarters sekolah di sana sudah lengkap dengan perabot di dalamnya. Syukurlah...jika dibawa juga perabotnya, alamatnya dua buah lorilah dibawa ke sana.

15 September 2011 - Selamat Tinggal, Kuching...
Ahh...hari terakhirku di sini. Kurang dari 36 jam, rumahku di Semerah Padi akan menjadi saksi perpindahanku. "Semoga peninggalanku ini tidak menjadi kesedihan buatmu, ya?" desus hatiku kepada rumah itu.

Malam itu merupakan malam terakhir ku tidur di rumah itu. Hari itu ku manfaatkan dengan menikmati pemandangan sekeliling...sedih hati ini untuk meninggalkan rumah, rakan dan guru-guruku seorang diri. Tapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tidurku sekadar tidur-tidur ayam lantaran kesedihan itu terus melanda hatiku. Ingin sahaja ku curahkan segala yang terbuku di hatiku tapi kepada siapa? Ibu dan ayahku sudah lama diulit mimpi-mimpi indah...mungkin memikirkan bagaimana rasanya hidup di Miri nanti. Aku tersedu-sedu menahan sedih dan tidak lama selepas itu, aku lena dibuai mimpi.

16 September 2011 - Kini Tiba Harinya...
16 September 2011, tatkala rakyat Malaysia ceria menyambut Hari Malaysia, aku pula di dalam kereta - memulakan perjalanan ke Miri bersama ayah dan ibuku. Sepanjang hari itu, ibuku bertanya sepatah, aku jawab sepatah. Maklumlah, masih terkenangkan segala memori-memori terindah di Kuching. Mungkin juga kerana ini kali pertama aku berpindah setelah lebih 14 tahun aku tinggal di Miri.

Perjalanan itu pada mulanya dirancang hingga ke Miri. Namun mungkin sudah takdir Ilahi, perjalanan kami baru tiba di Bintulu tatkala rembulan mula menunjukkan sinarnya dan langit sudah mula menunjukkan kepekatan malamnya. Mujur ayahku yang tinggal di Bintulu, mempunyai sebuah rumah. Kami berehat, melepaskan lelah setelah hampir 12 jam berada di jalan raya sementara menanti hari esok tiba untuk meneruskan perjalanan.

17 September 2011 - First Impression
Pagi itu, kami meneruskan perjalanan ke Miri. Perjalanan kami hanya mengambil masa selama lebih kurang 2 jam sahaja kerana SMK Agama Miri hanya mengambil masa dalam 30-35 minit sahaja dari sempadan Bintulu-Miri. Sebaik sahaja tiba, aku melihat sekolah itu sangat luas, keluasannya ibarat dua kali ganda sekolah lamaku. Sebaik sahaja tiba di bahagian kuarters guru, aku melihat rumahnya - agak kecil tapi cukup untuk memuatkan kami 3 sekeluarga. Keluasan bukan jadi ukuran, sekiranya kita bijak menghias, sesuatu yang kecil itu pasti terasa luas. Hari itu, dek kerana keletihan, kami semua tidur agak awal. Kesemua kami tidur di ruang tamu. Maklumlah, seharian mengemas rumah, siapa tak letih, kan?

18 September 2011 - Adaptasi Diri
Hari ini ayahku membawa aku dan ibuku bersiar-siar di sekitar Miri sambil mengadaptasikan diri dengan persekitaran. Perjalanan ke bandaraya mengambil masa sekitar 30 minit. Agak lama, bukan? Hal ini kerana SMK Agama Miri terletak jauh dari bandaraya. Oleh sebab itu, ayahku tidak mahu keluar pada waktu malam. Pada pendapat aku, jalannya agak tidak teratur kerana seringkali jalan-jalan yang ditelusuri melalui bahagian belakang kedai. Walau bagaimanapun, Miri sangat terkenal dengan tempat bersejarahnnya sebagai penemuan telaga minyak pertama di Malaysia. Bandaraya Miri sangat menjaga sejarah tersebut. Kami meneruskan perjalanan menjelajah dari Bakam hingga ke PermyJaya. Dapat aku katakan yang Miri ini sebagai sebuah bandaraya fusion. Di satu sudut tersergam indah kompleks membeli-belah dan pusat pentadbiran manakala di satu sudut lagi tinggalnya penduduk yang masih mengamalkan cara hidup tradisional yang menjadi budaya kebanggaan mereka.

19 September 2011 - Sekolah baru, rakan baru, persekitaran baru
19 September 2011, itulah hari pertamaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri yang kini lebih dikenali sebagai SMKAMi. Hari itu aku kira aku datang ke sekolah agak lambat memandangkan ramai pelajar sudah mula masuk ke dewan untuk perhimpunan mingguan rasmi. Aku diajak oleh seorang guru untuk bertemu beberapa pelajar yang seterusnya mengajakku duduk. Pada mulanya, aku rasa agak kekok kerana di sekolah lama, para pelajar berdiri semasa perhimpunan. Namun di sini, lain pula ceritanya. Tapi...aah, lantaklah. Buat apa aku fikirkan semua itu? Hanya memeningkan kepalaku sahaja.

Usai perhimpunan, aku bersama ibuku ke pejabat sekolah bagi menguruskan diriku. Aku ditempatkan di kelas 2 Al-Abqari, kelas yang terbaik di Tingkatan 2. Pada mulanya aku terkejut, memikirkan bagaimana cara mereka belajar dan bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Adakah sama ataupun berbeza?

Sebaik sahaja melangkah ke kelas tersebut, kelihatan seorang cikgu bersusuk tubuh tinggi lampai sedang mengajar tentang geometri. Aku kira guru tersebut adalah seorang guru matematik dan beliau jugalah yang menjadi guru matematikku. Pengajaran beliau terhenti seketika tatkala pembantu guru kelasku memberitahu yang aku akan ditempatkan di kelas ini. Pelajar lain pula sudah mula menumpukan kepadaku. Mungkin kerana rupaku yang tidak lengkap lantaran aku tidak memakai tali leher hari ini. Usai sesi pengajaran dan pembelajaran selesai, semua mula bertanyakan soalan berkenaan diriku. Mungkin kerana beliau ingin mengetahui lebih lanjut tentang diriku. Pada pendapat aku, mereka semua sangat ramah. Oleh itu, aku juga haruslah menjadi lebih peramah dan bukan pendiam seperti dahulu. Bak kata orang "masuk kandang harimau, mengaum; masuk kandang kambing, mengembek". Begitu jugalah diriku, aku harus belajar untuk bergaul dengan mereka. Kalau tidak pandai bergaul, macam mana dapat kawan, kan?

**********   

Jadi, sejak dari hari itu, aku berusaha untuk menonjolkan diri (dengan cara yang baik) di sekolah baruku. Tidak dinafikan, aku memang terkenangkan kawan-kawan di sekolah lamaku. Namun, yang lalu dibiarkan berlalu. Perjalanku masih jauh untuk menggapaikan kecemerlangan hidupku. Andai aku biarkan masa laluku terus menghantuiku, bagaimana aku dapat fokus dalam pelajaranku? Aku harus ingat bahawa pada tahun 2012 aku akan menjejakkan diri ke Tingkatan 3 di mana segala ilmu yang aku ada akan diuji dalam sebuah peperiksaan awam - Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dapatlah aku simpulkan di sini bahawa penghijrahan itu sebenarnya membawa kedua-duanya - kebahagiaan dan kesedihan. Dan penghijrahan disusuli lagi dengan pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan yang lebih matang.

29 August 2011

Selamat Menyambut Merdeka Raya!!!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung "TripleM's Here". Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan berlalu dan Syawal pula menjelma. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menghulur sepuluh jari Maaf Zahir & Batin. Mudah-mudahan hari raya ini kita akan mendapat keberkatan dariNya Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin (Sumber : Google Images)
Setelah penat lelah berpuasa menahan lapar, dahaga malahan nafsu. Pastinya Aidilfitri merupakan hari yang sesuai untuk meraikan kemenangan. Kepada yang pulang ke kampung, selamat menuju ke destinasi. Kepada yang sedang memandu, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah kepada orang yang tersayang yang sedang menunggu kepulangan kita. Berehat secukupnya sebelum perjalanan dan berehatlah jika keletihan agar tiada malapetaka yang berlaku. Sentiasalah mengikut hadlaju yang ditetapkan dan pakai tali pinggang keledar untuk keselamatan. Semoga hari kemenangan ini kita raikan dengan orang yang tersayang. Amin...

**********

Kita juga akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos iaitu hari raya Aidilfitri ke-2. Semarakkanlah semangat patriotisme di dalam jiwa terutamanya generasi muda masa kini. Sedar tidak sedar, Malaysia kini hampir berusia 54 tahun. Oleh itu, marilah bersama kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ini dengan penuh semangat patriotisme dan semangat perpaduan.


Semangat bersatu-padu atau "1Malaysia" harus disematkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda. (Sumber : Google Images)
Bertemakan "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera", pastinya diharap bahawa transformasi yang telah dilakukan akan dilaksanakan dengan jayanya. Antara transformasi yang dilakukan oleh kerajaan ialah Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Jika transformasi yang dilakukan oleh kerajaan dilaksanakan dengan jayanya, rakyat pasti dapat menikmati hidup dengan sejahtera dalam suasana negara yang aman, harmoni dan bersatu-padu.

**********

Sekian sahaja catatan saya kali ini. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat, dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54.

14 July 2011

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Kuching 2011 (Bhg. 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...selamat datang dan selamat kembali ke TripleM's Here. Ha...kali ini, biar saya sambung cerita saya yang tergantung tu...alaa, cerita pertandingan drama bahasa inggeris tu...okay? Orite...mari kita tengok apa yang terjadi seterusnya...

**********

Lepas je bangun tidur, terus sembahyang subuh, doa harap-harap semuanya berjalan dengan lancar... . Lepas tu, saya pergi mandi, dan terus sarapan. Habis sarapan, terus masuk kereta, pergi sekolah. Sampai je sekolah, semua dah masuk bas...apa lagi, saya pun masuklah...fikir dah nak berangkat, rupanya belum lagi. Fuhh...nasib baik sampai tepat pada masanya... . Lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami berangkat ke Dewan Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL).

Kami melalui jalan-jalan Bandaraya Kuching yang sangat sibuk. Maklumlah, masa tu kan masa orang tengah turun kerja. Jadi, tak hairanlah kalau jalan sesak. Kalau jalan tu dah sesak, apalagi, kami pun...carilah masa untuk tidur sekejap...hehehe...manfaatkan masa, kan?

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.15 pagi dan kami telah tiba di destinasi yang dituju. Setibanya, kami di sana, kami terus mendaftar dan mengesahkan kehadiran kami. Setelah urusan tersebut selesai, kami pun melihat beberapa drama yang dipersembahkan. Kelihatan semua kumpulan hebat-hebat belaka, ada yang mempersembahkan drama berunsur lagenda, mitos, isu semasa dan sebagainya. Sungguh menyeronokkan melihat kumpulan masing-masing mempersembahkan dengan penuh karisma...

Giliran kami adalah giliran yang ke-5 iaitu sebelum rehat dan selepas SM Sains Kuching. Setibanya giliran kami, perasaan kami bercampur-baur, ada yang seronok, gementar, takut, panik dan sebagainya. Setelah selesai, kami pun menarik nafas lega....fuhh... .

Tiba waktu rehat, kami pun menikmati juadah yang disediakan dan bersiap-siap untuk Solat Jumaat. Elok jugak dibuat hari jumaat, erk? Dapat jugak berkat...hehehe...

Setelah selesai menunaikan solat, kami pun kembali ke dewan dan maka itu, bermulalah Majlis Penangguhan Rasmi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Kuching. Majlis tersebut dimulakan nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa. Setelah itu, ucapan daripada tetamu-tetamu kehormat dan seterusnya ulasan dari Ketua Hakim.

Setelah lebih 6 jam berada di tempat tersebut, keputusan pun diumumkan...kumpulan drama dari Kolej DPAH Abdillah mendapat tempat ke-3, manakala sekolah kami pula mendapat tempat ke-2 dan juara disandang oleh...seperti biasa, SMK Batu Lintang.

Kami semua memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mendapat tempat ke-2. Setelah majlis tersebut selesai, kami pun kembali ke sekolah dengan menaiki bas, cuaca pada petang itu hujan namun terpancar sinar kegembiraan dari wajah-wajah kami. Kami semua tiba di sekolah pada jam 5 petang.

**********

Setakat ini sahaja catatan saya kali ini. Berjumpa lagi di masa akan datang dan teruskan membaca blog saya. Sekian, Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...jumpa lagi!!!

18 April 2011

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Kuching 2011 (Bhg. 1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...first of all, sorry sebab lama tak tulis kat sini...maklumlah, masuk je sekolah menengah, busy memanjang. Macam-macam pertandingan saya masuk dan salah satunya adalah Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Kuching 2011. Pertandingan ini berlangsung pada 8 April 2011 di Dewan Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Pelakon adalah seramai 7 orang manakala krew yang mengurus lighting, props dan sound effects adalah seramai 8 orang menjadikan semuanya adalah seramai 15 orang. Berikut adalah catatan saya :

7 April 2011
Aku bangun dari tidur pada jam 6.00 pagi. Perasaan seperti biasa. Aku tiba di sekolah pada jam 7 pagi, agak lambat namun tepat pada masanya. Khamis itu aku rasakan seperti Khamis yang biasa hinggalah pada pukul 10 pagi di mana aku bersama rakan-rakanku membuat persiapan terakhir untuk pertandingan drama yang diadakan keesokan harinya. Setelah lebih 2 minggu berlatih, akhirnya esok hari yang ku tunggu. Rasa degupan semakin memuncak di lubuk jiwaku. Namun, ku teruskan jua, tak kisah lah betul ke salah ke...janji ia adalah satu pengalaman yang tidak dilupakan. Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur, kadangkala ku rasakan gembirq dan kadang-kadang...sebaliknya.

8 April 2011
Macam biasa, aku bangun namun...sedikit awal...sikit je pun, 5 minit awal je...madam nganok props jaik...  kempang hati saye... eh? apa pulak yang aku merepek ni...okay, berbalik ke cerita...(loceng berbunyi)

Alaa...loceng bunyi...kena sambung lagi di masa akan datanglah...so, tunggulah post yang seterusnya okay? Dan teruskanlah membaca blog saya yang tidak seberapa ni, okay? Sehingga berjumpa lagi, Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

02 December 2010

Kenali Diri Saya Dengan Lebih Rapat...

Hai semua! Selamat datang ke "Triple-M's Here" . Saya rasa semua kat sini dah kenal saya melalui catatan-catatan yang saya tulis kat sini. Tapi rasanya anda semua tak kenal saya dengan lebih mendalam. Maksud saya, sifat saya macam mana, apa biografi dan macam-macam lagi. Ha...kalau anda semua nak chat ataupun berhubung melalui laman sosial Facebook, hanya perlu add saya melalui pautan ini : Muazzam DeTriple M | Facebook . Kalau melalui Friendster pulak, 'add' lah saya melalui pautan ini : Muazzam Najarudin | Friendster . Kalau nak bersosial dengan saya melalui MillatFacebook pulak, hanya perlu add saya melalui pautan ini : Mohd Muazzam Mifzal | MillatFacebook Kalau nak mengetahui sejarah hidup saya pulak (dalam English) , anda hanya perlu 'follow' saya dalam tumblr dengan melalui pautan ini : Triple-M's Here | Tumblr . Saya sedang mengusahakan untuk mendaftar dalam laman sosial Twitter . Okay, sampai di sini sahaja! Keep in touch!

Cuti Dah Bermula!

Hai semua!!! Selamat datang ke "TripleM's Here". Ha...sekarang cuti sekolah dah pun bermula. Masa ni lah untuk kita tenangkan fikiran dan juga untuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan 2011. Tapi ingat...cuti, cuti jugak...buku tu jangan tak bukak yer...lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM & STPM 2011. All the best untuk semua calon yer!