**********
Kami melalui jalan-jalan Bandaraya Kuching yang sangat sibuk. Maklumlah, masa tu kan masa orang tengah turun kerja. Jadi, tak hairanlah kalau jalan sesak. Kalau jalan tu dah sesak, apalagi, kami pun...carilah masa untuk tidur sekejap...hehehe...manfaatkan masa, kan?
Jam di tangan menunjukkan pukul 8.15 pagi dan kami telah tiba di destinasi yang dituju. Setibanya, kami di sana, kami terus mendaftar dan mengesahkan kehadiran kami. Setelah urusan tersebut selesai, kami pun melihat beberapa drama yang dipersembahkan. Kelihatan semua kumpulan hebat-hebat belaka, ada yang mempersembahkan drama berunsur lagenda, mitos, isu semasa dan sebagainya. Sungguh menyeronokkan melihat kumpulan masing-masing mempersembahkan dengan penuh karisma...
Giliran kami adalah giliran yang ke-5 iaitu sebelum rehat dan selepas SM Sains Kuching. Setibanya giliran kami, perasaan kami bercampur-baur, ada yang seronok, gementar, takut, panik dan sebagainya. Setelah selesai, kami pun menarik nafas lega....fuhh... .
Tiba waktu rehat, kami pun menikmati juadah yang disediakan dan bersiap-siap untuk Solat Jumaat. Elok jugak dibuat hari jumaat, erk? Dapat jugak berkat...hehehe...
Setelah selesai menunaikan solat, kami pun kembali ke dewan dan maka itu, bermulalah Majlis Penangguhan Rasmi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Kuching. Majlis tersebut dimulakan nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa. Setelah itu, ucapan daripada tetamu-tetamu kehormat dan seterusnya ulasan dari Ketua Hakim.
Setelah lebih 6 jam berada di tempat tersebut, keputusan pun diumumkan...kumpulan drama dari Kolej DPAH Abdillah mendapat tempat ke-3, manakala sekolah kami pula mendapat tempat ke-2 dan juara disandang oleh...seperti biasa, SMK Batu Lintang.
Kami semua memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mendapat tempat ke-2. Setelah majlis tersebut selesai, kami pun kembali ke sekolah dengan menaiki bas, cuaca pada petang itu hujan namun terpancar sinar kegembiraan dari wajah-wajah kami. Kami semua tiba di sekolah pada jam 5 petang.
**********
Setakat ini sahaja catatan saya kali ini. Berjumpa lagi di masa akan datang dan teruskan membaca blog saya. Sekian, Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...jumpa lagi!!!
No comments:
Post a Comment