Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget
Showing posts with label Commercial. Show all posts
Showing posts with label Commercial. Show all posts

02 December 2010

Kenali Diri Saya Dengan Lebih Rapat...

Hai semua! Selamat datang ke "Triple-M's Here" . Saya rasa semua kat sini dah kenal saya melalui catatan-catatan yang saya tulis kat sini. Tapi rasanya anda semua tak kenal saya dengan lebih mendalam. Maksud saya, sifat saya macam mana, apa biografi dan macam-macam lagi. Ha...kalau anda semua nak chat ataupun berhubung melalui laman sosial Facebook, hanya perlu add saya melalui pautan ini : Muazzam DeTriple M | Facebook . Kalau melalui Friendster pulak, 'add' lah saya melalui pautan ini : Muazzam Najarudin | Friendster . Kalau nak bersosial dengan saya melalui MillatFacebook pulak, hanya perlu add saya melalui pautan ini : Mohd Muazzam Mifzal | MillatFacebook Kalau nak mengetahui sejarah hidup saya pulak (dalam English) , anda hanya perlu 'follow' saya dalam tumblr dengan melalui pautan ini : Triple-M's Here | Tumblr . Saya sedang mengusahakan untuk mendaftar dalam laman sosial Twitter . Okay, sampai di sini sahaja! Keep in touch!

30 May 2009

Pertandingan Ensemble Rekoder Peringkat Bahagian Kuching

Helo, welcome back! Kepada yang baru mengunjung, selamat datang! Terlebih dahulu saya nak cakap ' I'M SORRY! ' sebab rasa macam lama tak menulis dalam blog. Maklumlah, ketua murid...of cozlah sibuk. Selain itu, saya juga amat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar. Itulah tujuan saya menulis ini.

Pada 13 Mei 2009, saya bersama pasukan rekoder saya telah menyertai Pertandingan Ensemble Rekoder Peringkat Bahagian Kuching di Sekolah Kebangsaan Rampangi. Dua minggu yang lepas, saya juga telah mengikuti pertandingan yang sama tetapi peringkat sekolah-sekolah rendah Zon B. Akan tetapi, disebabkan kekurangan penyertaan, jadi secara automatiknya sekolah kami dipilih sebagai pemenang yang akan berentap dalam pertandingan peringkat bahagian.

Okey, okey....sambung cerita. Macam pertandingan koir, kami pergi ke sekolah dulu untuk membuat persiapan diri dan juga persiapan akhir. Kami harus berada di sekolah sebelum 7.00 pagi. Aku tengok jam di dalam kereta, alamak! pukul 6.55 pagi. Aduh......time dah kritikal!!!! Sampai kat sekolah, terus tengok jam,huh.....nasib baik baru pukul 6.58 pagi. Lega hati... .

Aku terus pergi ke bilik muzik dan membuat persiapan diri dan persiapan akhir. Setelah selesai membuat persiapan diri dan akhir, kami terus ke lobi sekolah untuk menunggu bas yang disewa oleh pihak sekolah. Bas sekolah tersebut tiba beberapa minit kemudian. Kami menaiki bas tersebut. Sepanjang perjalanan tersebut, kami melihat pemandangan pagi yang cantik dan indah. Wah...betapa cantiknya Kuching! Pada pukul 7.45 pagi, kami tiba di tempat pertandingan. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan meriah sekali. Apabila aku lihat, aku teringat akan rakanku sewaktu tadika dahulu. Setelah melihat wajahnya, baru ku sedar. Rupa-rupanya wajah tersebut adalah rakanku yang bernama Qisthee. Betapa seronoknya aku dapat bertemu rakan lamaku. Happy giler.......

Pada jam 9.00 pagi, pertandingan pun bermula. Pertandingan tersebut bermula lambat kerana banyak peserta yang masih belum hadir ke lokasi pertandingan. Sepatutnya pertandingan tersebut bermula pukul 8.30 pagi tapi pertandingan tersebut lambat bermula setengah jam kerana sebab di atas.

Giliranku untuk beraksi di pentas adalah giliran yang ke-3, semakin hampir ke giliranku, semakin kencang jantungku berdetak. Akhirnya, giliranku pun tiba. Aku dan rakan-rakanku membuat persembahan dengan bersemangat. Setelah kami selesai membuat persembahan, degupan jantungku mulai reda.

Pada jam 11.00 pagi, semua persembahan sudah selesai. Setengah jam kemudian, tetamu kehormat pun sampai untuk memulakan majlis penangguhan. Jantungku berdegup kencang kembali untuk menunggu keputusan.

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Keputusan diumumkan. Sekolahku mendapat tempat ke-3 manakala naib johan pula disandang oleh SK Buntal. Sangkaan ku benar. SK St. Mary mendapat tempat pertama dan mereka akan mewakili Kuching untuk ke peringkat negeri.

Walaupun mendapat tempat ketiga, aku masih bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat top 3 jugak daripada tak dapat langsung. Mengikut guru muzik, pasukan rekoder 2009 ini telah mencatat sejarah kepada sekolah kerana telah mendapat top 3 dalam pertandingan. Betapa girangnya hati aku sambil memanjatkan syukur. Pada pukul 12.50 tengahari, aku dan rakan-rakanku pulang dengan hati yang gembira dan girang.

Sekian sahaja catatan saya buat kali ini. Bertemu lagi di dalam catatan yang seterusnya. Tunggu.....


-Mohd Muazzam Mifzal-
-Blogger-

29 April 2009

Pertandingan Koir Peringkat Sekolah-sekolah Rendah Zon B

Helo, selamat datang ke "TripleM's Here". Kepada pengunjung yang baru melawat PJ Blog, saya ucapkan selamat datang. Maaflah lama tak berhubung. Kebelakangan ini, saya agak busy sikit. Kali ini, saya akan menceritakan tentang pengalaman saya semasa menyertai Pertandingan Koir Peringkat Sekolah-sekolah Rendah Zon B


Pertandingan ini telah diadakan beberapa minggu yang lalu di Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat Jalan Astana, Kuching, Sarawak. Posisi saya dalam pertandingan ini ialah konduktor. Mungkin orang menganggap posisi saya ini satu perkara yang remeh-temeh sahaja tapi sebenarnya posisi ini amat penting bagi satu kumpulan koir kerana ia memberikan suatu impak yang besar. Selain itu, ia juga dijadikan panduan untuk sesuatu kumpulan.


Sebelum pergi ke lokasi pertandingan, kami harus pergi ke sekolah dahulu untuk membuat persiapan diri dan persiapan akhir. Pada jam 7.45 pagi, kami berangkat ke lokasi pertandingan dengan menggunakan bas sekolah yang disewa oleh pihak sekolah.


Kami tiba di lokasi pertandingan pada pukul 8.00 pagi. Pada mulanya, aku sangka hanya 7 hingga 8 pasukan sahaja yang menyertai pertandingan ini. Tetapi, setelah saya tiba di sana, ternyata sangkaanku salah. Pertandingan ini disertai oleh 11 pasukan dari sekolah-sekolah zon B.


Giliran kami adalah giliran yang ke-5. Semakin hampir saat kami ke pentas. Semakin berdegup
kencang jantungku. Maklumlah, nervous.... .


Saat yang tunggu telah tiba. Giliran kami yang menaiki pentas. Kami menyanyikan lagu yang bertajuk 'Setangkai Mawar' dan 'Pahlawanku' . Setelah selesai persembahan kami, degupan jantungku semakin reda.


Setelah semua pasukan selesai membuat persembahan, konduktor-konduktor dari setiap pasukan harus datang mengambil hadiah. Sebelum keputusan diumumkan, kami haruslah mengambil sijil penyertaan dahulu.


Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Keputusan telah diumumkan. Sekolahku mendapat tempat yang ketiga. Tempat kedua milik Sekolah Kebangsaan (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Manakala tempat yang pertama disandang oleh tuan rumah sendiri iaitu SK RPR Jalan Astana.


Walaupun mendapat tempat ketiga, tetapi aku masih bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat nombor daripada tak dapat langsung. Apa-apa pun kami masih berseronok dan semestinya pengalaman ini tak dapat ku lupakan.


Itu sahaja catatanku buat kali ini. Bertemu lagi di masa yang akan datang. Selamat tinggal.


-Mohd Muazzam Mifzal-
-Blogger-

14 December 2008

Commercial - Iklan

Any comments? Well, you can leave your comments by following this steps:


1. Every post have details at the bottom part of the post.
2. At the bottom part, the detail contains time posted and number of comments received.
3. Click at the number of comments.
4. At the right part of the page, you can see a blank box. That's where you type your comments.
5. Type your comments.
6. After you have finished typing your comments, click 'Publish Your Comments' button.
7. That's it. Your all done

*If you have any question, just send your e-mail with address muazzam97@gmail.com or muazzam_triplem@yahoo.com.my

Ada komen? Jadi, anda boleh tinggalkan komen anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Setiap catatan mempunyai maklumat-maklumat di bahagian bawah catatan.
2. Di bahagian bawah, maklumat tersebut mempunyai masa diterbit dan jumlah komen diterima.
3. Klik di tempat jumlah komen.
4. Setelah itu, di bahagian kanan laman, anda boleh lihat ada satu kotak kosong. Di situlah anda menaip komen anda.
5. Taipkan komen anda.
6. Setelah anda selesai menaip komen, sila klik pada butang 'Publish Your Comments'.
7. Itu saja.

*Sebarang pertanyaan, sila hantarkan e-mel anda dengan alamat muazzam97@gmail.com atau muazzam_triplem@yahoo.com.my