Pada 13 Mei 2009, saya bersama pasukan rekoder saya telah menyertai Pertandingan Ensemble Rekoder Peringkat Bahagian Kuching di Sekolah Kebangsaan Rampangi. Dua minggu yang lepas, saya juga telah mengikuti pertandingan yang sama tetapi peringkat sekolah-sekolah rendah Zon B. Akan tetapi, disebabkan kekurangan penyertaan, jadi secara automatiknya sekolah kami dipilih sebagai pemenang yang akan berentap dalam pertandingan peringkat bahagian.
Okey, okey....sambung cerita. Macam pertandingan koir, kami pergi ke sekolah dulu untuk membuat persiapan diri dan juga persiapan akhir. Kami harus berada di sekolah sebelum 7.00 pagi. Aku tengok jam di dalam kereta, alamak! pukul 6.55 pagi. Aduh......time dah kritikal!!!! Sampai kat sekolah, terus tengok jam,huh.....nasib baik baru pukul 6.58 pagi. Lega hati... .
Aku terus pergi ke bilik muzik dan membuat persiapan diri dan persiapan akhir. Setelah selesai membuat persiapan diri dan akhir, kami terus ke lobi sekolah untuk menunggu bas yang disewa oleh pihak sekolah. Bas sekolah tersebut tiba beberapa minit kemudian. Kami menaiki bas tersebut. Sepanjang perjalanan tersebut, kami melihat pemandangan pagi yang cantik dan indah. Wah...betapa cantiknya Kuching! Pada pukul 7.45 pagi, kami tiba di tempat pertandingan. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan meriah sekali. Apabila aku lihat, aku teringat akan rakanku sewaktu tadika dahulu. Setelah melihat wajahnya, baru ku sedar. Rupa-rupanya wajah tersebut adalah rakanku yang bernama Qisthee. Betapa seronoknya aku dapat bertemu rakan lamaku. Happy giler.......
Pada jam 9.00 pagi, pertandingan pun bermula. Pertandingan tersebut bermula lambat kerana banyak peserta yang masih belum hadir ke lokasi pertandingan. Sepatutnya pertandingan tersebut bermula pukul 8.30 pagi tapi pertandingan tersebut lambat bermula setengah jam kerana sebab di atas.
Giliranku untuk beraksi di pentas adalah giliran yang ke-3, semakin hampir ke giliranku, semakin kencang jantungku berdetak. Akhirnya, giliranku pun tiba. Aku dan rakan-rakanku membuat persembahan dengan bersemangat. Setelah kami selesai membuat persembahan, degupan jantungku mulai reda.
Pada jam 11.00 pagi, semua persembahan sudah selesai. Setengah jam kemudian, tetamu kehormat pun sampai untuk memulakan majlis penangguhan. Jantungku berdegup kencang kembali untuk menunggu keputusan.
Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Keputusan diumumkan. Sekolahku mendapat tempat ke-3 manakala naib johan pula disandang oleh SK Buntal. Sangkaan ku benar. SK St. Mary mendapat tempat pertama dan mereka akan mewakili Kuching untuk ke peringkat negeri.
Walaupun mendapat tempat ketiga, aku masih bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat top 3 jugak daripada tak dapat langsung. Mengikut guru muzik, pasukan rekoder 2009 ini telah mencatat sejarah kepada sekolah kerana telah mendapat top 3 dalam pertandingan. Betapa girangnya hati aku sambil memanjatkan syukur. Pada pukul 12.50 tengahari, aku dan rakan-rakanku pulang dengan hati yang gembira dan girang.
Sekian sahaja catatan saya buat kali ini. Bertemu lagi di dalam catatan yang seterusnya. Tunggu.....
-Mohd Muazzam Mifzal-
-Blogger-
-Blogger-
No comments:
Post a Comment