Pada 7 Julai 2009, saya bangun dari tidur pada pukul 5.45 pagi. Saya sembahyang dan terus mandi. Setelah itu, saya bersiap-siap, sarapan dan terus ke sekolah. Saya lihat semua murid-murid tahun 6 sudah berkumpul di lobi. Saya pun turut sertalah.
Sebelum menaiki bas, kami diberi sedikit taklimat tentang tingkah laku semasa di dewan. Perkara yang ditekankan adalah disiplin. Setelah taklimat diberikan, kami pun menaiki bas Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM). Terima kasih PERYATIM!
Setelah semua menaiki bas, kami pun memulakan perjalanan kami ke Wisma Sumber Alam. Kami berasa seronok sekali kerana dapat menaiki bas yang sejuk dan nyaman. Tapi, penuh sikitlah dalam bas...tapi tak kisah, janji dapat naik bas.
Beberapa minit kemudian, kami pun tiba di Wisma Sumber Alam. Indahnya cuaca pagi. Alangkah seronoknya kami. Setelah itu, kami terus ke dewan seminar yang terletak di sebelah bangunan tersebut. Kami pun terus ke tingkat atas di mana terletaknya dewan tersebut. Tapi, kena daftar dulu sebelum masuk dewan. Setelah selesai dan nama pun sudah ditanda, kami pun masuk ke dalam dewan. Wah...sejuknya!!! Alangkah seronoknya aku masa tu. Tak terkata...
Pada jam 8.00 pagi, slot pertama pun bermula. Slot ini dinamakan slot motivasi. Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah yang kini sedang menuntut di UiTM (Universiti Teknologi Mara). Saya menumpukan sepenuh perhatian semasa slot ini dan begitu juga murid-murid lain. Setelah selesai, kami pun mengucapkan terima kasih kepada penceramah tersebut.
Jam menunjukkan 10.00 pagi dan masa untuk minum pagi. Kami pun menjamah hidangan yang disaji iaitu Mee Goreng, Kuih-muih dan air sirap. Betapa enaknya makanan hari itu. Sedap....sampai menjilat jari.
Setelah selesai minum pagi. Program diteruskan lagi dengan Slot Bahasa Malaysia. Memang seronok ceramah yang diberi. Ceramah yang diberi sungguh efektif dan senang untuk difahami. Selesainya ceramah Bahasa Malaysia, kami pun mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Pada jam 12.30 tengah hari, kami pun solat dan makan tengahari. Murid lelaki Islam menunaikan Solat Zohor manakala Murid lelaki bukan Islam bersama dengan murid perempuan menjamah makanan tengahari. Setelah murid lelaki Islam selesai menunaikan solat Zohor, murid perempuan Islam pula menunaikan solat manakala murid lelaki Islam menjamah makanan tengahari. Murid-murid bukan Islam pula duduk di dalam Dewan Seminar.
Pada jam 2.00 petang pula, program diteruskan lagi dengan Slot Teknik Menjawab Kertas Soalan Sains. Pihak sekolah telah menjemput Puan Rokiah binti Bujang, seorang guru cemerlang Sains dan sedang mengajar di SK Merpati Jepang. Kami berasa sungguh seronok bersama beliau. Ceramah selesai pada jam 4.00 petang.
Setelah itu, kami pun beratur menaiki bas dan pulang semula ke sekolah untuk diambil pulang ke rumah oleh ibu bapa.
Pada keesokan harinya, kami berkumpul semula di lobi dan beratur untuk menaiki bas. 2 buah bas digunakan untuk menghantar dan mengambil kami. Sebuah bas untuk lelaki dan sebuah bas untuk perempuan. Kami tiba di Wisma Sumber Alam pada jam 7.30 pagi.
Program hari itu dimulakan dengan slot 'Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris'. Kami menumpukan sepenuh perhatian. Kali ini saya dapat menumpukan lebih lagi kerana saya duduk di bahagian hadapan. Setelah selesai, kami mengucapkan terima kasih kepada penceramah tersebut. Penceramah tersebut adalah Puan Marcialla.
Setelah itu, kami minum pagi. Kami menjamah Mee Goreng dan juga kuih-muih dan dijamah dengan air sarsi untuk menghilangkan dahaga. Selesai sahaja minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot 'Teknik Menjawab Soalan Matematik'. Ceramah diberi oleh Encik Ajol Ak. Aman, seorang guru yang sedang mengajar di SK Siol Kanan. Betapa seronoknya kami apabila beliau memberi ceramah. Kami mengucapapkan terima kasih kepada beliau.
Seperti biasa, setelah itu kami menunaikan solat Zohor dan makan tengahari. Murid lelaki Islam solat manakala murid lelaki bukan Islam dan murid perempuan menikmati makan tengahari dan bergilir-gilir. Murid bukan Islam pula duduk di dalam Dewan Seminar setelah selesai makan tengahari.
Kemudian, kami ada majlis penutupan rasmi Program Kecemerlangan UPSR. Penjawab soalan yang diberikan hadiah pada majlis ini. Pelajar tersebut Qhairul Azwan bin Hasbi dan Raden Anisa Azeema binti Raden Amri. Kedua-dua mereka sangat aktif dalam menjawab dan bertanyakan soalan. Setelah itu, video tentang pendapat dan ucapan terima kasih ditayangkan. Pihak pelajar lelaki diwakili oleh saya, pelajar perempuan pula diwakili oleh Dayang Fatin Zafira binti Awang Zainal Abidin manakala pelajar bukan Islam diwakili oleh Jacqueline Bong. Ketiga-tiga video ini diambil semasa selesai minum pagi pada 8 Julai 2009.
Setelah majlis penutupan selesai, kami pun beratur untuk menaiki bas. Kami pun pulang dengan perasaan gembira dan mendapat ilmu yang bermakna untuk dijadikan panduan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
-Mohd Muazzam Mifzal-
-Blogger-
-Blogger-
No comments:
Post a Comment