![]() |
| Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin (Sumber : Google Images) |
**********
Kita juga akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos iaitu hari raya Aidilfitri ke-2. Semarakkanlah semangat patriotisme di dalam jiwa terutamanya generasi muda masa kini. Sedar tidak sedar, Malaysia kini hampir berusia 54 tahun. Oleh itu, marilah bersama kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ini dengan penuh semangat patriotisme dan semangat perpaduan.
![]() |
| Semangat bersatu-padu atau "1Malaysia" harus disematkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda. (Sumber : Google Images) |
Bertemakan "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera", pastinya diharap bahawa transformasi yang telah dilakukan akan dilaksanakan dengan jayanya. Antara transformasi yang dilakukan oleh kerajaan ialah Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Jika transformasi yang dilakukan oleh kerajaan dilaksanakan dengan jayanya, rakyat pasti dapat menikmati hidup dengan sejahtera dalam suasana negara yang aman, harmoni dan bersatu-padu.
**********
Sekian sahaja catatan saya kali ini. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat, dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54.


No comments:
Post a Comment