Selamat datang ke TripleM's Here.
Sebelum memulakan bicara, saya memohon maaf sebab dah lama dah tak menulis kat sini. Almaklumlah, masuk tahun baru ni, sibuk memanjang.
Kali ini saya ingin berkongsi bersama pembaca tentang perjalanan raya ke kedah pada 6 Ogos yang lalu.
Saya sekeluarga bertolak dari rumah ke lapangan terbang pada jam 10 pagi memandangkan flight kami bertolak pada jam 11.25 pagi. Setibanya kami di sana, kami terus mendaftar masuk dan ke balai berlepas. Pada hari itu, balai berlepas sangat sesak kerana kebanyakan perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Jadi, sementara menunggu untuk masik ke dalam pesawat, saya sekekuarga pun melayari laman web. Almaklumlah saya sekeluarga keluarga gila IT. Hehehe... . Oh ya, sebelum masuk balai berlepas, ayah saya bayar zakat. Alang2 dah nampak amil kat airport, bayar je lah. Tak baik bertangguh kerja, kan?
![]() |
| Menyucikan harta melalui zakat fitrah |
![]() |
| Agaknya apa yang ayah dan mak saya sedang surf, yer? Anyway, they look so sweet together! :D |
Tak lama lepas tu, kami pun masuk ke dalam pesawat. Maka bermulalah penerbangan kami dari Miri ke Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 15 minit. Lama giler tu... . Aku pun tidur je lah. Maklumlah hari sebelumnya berkemas sampai tengah malam.
![]() |
| Selamat tinggal Miri. Lepas raya jumpa lagi. :) |
Sampai di KLIA, kami pun tengok penerbangan seterusnya ke Pulau Pinang. Sekali dia tunjuk PINTU BARU...alaa...skrg nak menapak lagi ke pintu baru...huhu... . Tapi sebelum buat apa2, kami sembahyang jamak zohor dan asar dulu. Lepas tu, baru kami meneruskan perjalanan kami. Penerbangan dari KLIA ke Pulau Pinang mengambil masa selama lebih kurang 50 minit.
![]() |
| Sekilas pemandangan dari balai berlepas dalam negeri, KLIA. Sesak giler tu... |
![]() |
| Tiket untuk penerbangan seterusnya. KUL-PEN. |
Tapi bila dah masuk, ada sesuatu perkara telah berlaku. Petugas cakap penerbangan dilewatkan. Saya pun dah boleh agak sebab dah dekat nak waktu berlepas dah tapi pesawat pun tak nampak lagi. Delay punya delay, penerbangan kami pun berlepas lebih kurang pukul 3.30 petang. Haa..kali ini saya tak tidur sebab pesawat ini yang saya naik ini adalah pesawat baru MAS yang dilengkapi ciri-ciri mewah. Salah satunya ialah kemudahan dalam penerbangan yang dinamakan Select Feature. Menarik kan?
.
![]() |
| Select Feature |
![]() |
| Dah agak dah...huhu. :( Confirm jam punya kalau dah sampai atas Jambatan. |
Setelah mengharungi perjalanan yang agak memenatkan, kami pun tiba di Bandar Bahatu lebih kurang jam 7.30 malam. And just in time untuk bika puasa. Alhamdulillah semua ini datangnya dari Allah. DariNya jugalah segala rahmat dan nikmat dari pelbagai aspek kehidupan manusia.
**********
Sekian sahaja catatan saya kali ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Aidilfitri kali ini membawa erti kemenangan yang sebenar dalam hidup anda. Amin...
Sehingga berjumpa lagi dalam catatan seterusnya. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahabbah! :D







No comments:
Post a Comment