26 Oktober 2009
Pada hari ini, perlawanan Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar dan Bola Baling dimulakan. Semua peserta bermain dengan seronok. Pertandingan futsal terletak di padang yang terletak berhadapan dengan Pusat Kitar Semula. Bola Jaring pula terletak di sebuah tempat yang terletak bersebelahan dengan kantin. Bola Tampar terletak di padang sekolah manakala Bola Baling terletak di padang yang terletak bersebelahan dengan Prasekolah B. Semua yang bermain berasa seronok lagi lebih-lebih lagi yang baru sahaja bermain permainan tersebut.
27 Oktober 2009
Pada hari ini, perlawanan diteruskan lagi dengan sukan. Namun, cuma perlawanan Bola Baling sahaja untuk hari ini. Perlawanan lain telah selesai semalam.
28 Oktober 2009
Hari ini, ada pertandingan Bintang Kecil iaitu pertandingan nyanyian. Walau bagaimanapun, pertandingan belum selesai pada hari ini. Jadi bermakna pertandingan ini akan diteruskan pada hari Isnin minggu hadapan sekaligus meneruskan pertandingan untuk peringkat akhir.
29 Oktober 2009
Hari ini, sukan tahunan telah dijalankan. Walau bagaimanapun, tahun 6 dikecualikan daripada sukan hari ini kerana sudah bertanding pada hari Isnin dan Selasa lalu. Hari ini, acara sukan adalah untuk tahun 4 dan 5 manakala acara sukaneka untuk tahun 1,2 dan 3. Butirannya seperti berikut:
Acara Sukan
Futsal
Bola Jaring
Bola Tampar
Bola Baling
Acara Sukaneka
Pancing Botol
Isi Air Dalam Botol
Gelung Rotan
Makan Roti
Cari Gula-gula Dalam Tepung
Semua yang menyertai berasa seronok sekali.
Baiklah, itu sahaja catatan untuk minggu ini. Tiada aktiviti pada 30 Oktober 2009 kerana cuti peristiwa sempena sukan tahunan. Saya akan menulis lagi untuk minggu depan. Sehingga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment