Hello, selamat datang ke "TripleM's Here". Seperti yang mana saya janjikan, saya akan menyambung cerita saya tentang lawatan sambil belajar saya ke Kampung Budaya Sarawak (KBS)...
Apabila tiba sahaja di perkarangan KBS, kami terus masuk. Kami teruslah masuk sebab kami dah bayar beberapa hari sebelumnya melalui sekolah. Berbalik ke cerita, sebelum kami memulakan perjalanan, kami diberi sedikit taklimat tentang laluan perjalanan kami. Setelah itu, baru kami memulakan perjalanan kami.
Mula-mula, kami pergi ke rumah cina...di sana, ada pelbagai sejarah tentang cina dan rumahnya. Di sana juga ada proses menumbuk lada hitam yang ditunjukkan oleh seorang pakar menunjukkan proses tersebut.
Seterusnya, kami pergi ke Rumah Bidayuh...di sana ada tangga rumah panjang yang agak susah buat orang yang kali pertama menaiki tangga itu. Takutnya nak naik... .
Selepas itu, kami ke Rumah Melayu. Di sana, kami boleh lihat bagaimana bentuk dan dekorasi rumah melayu. Cantiknya!!! Terpegun saya melihatnya...
Kemudian, kami ke Rumah Melanau...rumah melanau merupakan rumah tertinggi...tingginya lebih kurang 150 cm... . Wow! Tingginya...sesipa yang gayat tidak digalakkan melihat rumah ini... . Nanti apa-apa terjadi, siapa susah? Diri sendiri jugak...
Banyak tempat kami pergi, tapi tiba-tiba, baru saja nak pergi balik ke Dewan Lagenda, hujan turun dengan lebatnya...apa lagi. kami semua lari lintang-pukanglah...ada yang berteduh dekat pondok, dekat pokok, dekat rumah-rumah dan lain-lain lagi. Terpaksalah kami tunggu sampai hujan reda. Beberapa minit kemudian, hujan pun reda...jadi kami pun pergi ke kantin yang tidak beberapa jauh dari tempat saya dan rakan-rakan saya berteduh. Selepas itu, kami pun terus ke Dewan Lagenda. Di sana, ada persembahan kebudayaan Kampung Budaya Sarawak. Persembahan ini hanya ada 2 kali dalam sehari iaitu pada pukul 12.00 tengahari dan 3.30 petang. Setelah selesai persembahan, kami pulang ke sekolah kami. Kecuali SKA DHAKH, mereka pergi ke Pasir Pandak untuk meneruskan lawatan.
Itu sajalah catatan saya buat kali ini. Saya akan menulis lagi pada masa akan datang. Sehingga berjumpa lagi...
No comments:
Post a Comment