Hai,selamat sejahtera dan selamat kembali dalam "TripleM's Here".Jadi,saya sambung lagi cerita saya.Jadi,pada 22 November 2007 ,malamnya saya dan ibu saya mulalah berkemas barang sebelum pergi supaya tidak terburu-buru pada esoknya.Hati saya berasa tak sabar-sabar lagi hendak bertemu dengan sepupu atau dalam bahasa sarawak,orang cakap 'tunggal'.
Keesokan harinya,lebih kurang pukul 8.30 pagi,kawan ibu saya mengambil kami dan menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).Tanpa membuang masa,saya terus mendaftar masuk dan memasuki ruang menunggu pesawat.Pesawat kami memasuki pintu no.7.Kami tidak menyangka kami akan menaiki pesawat AIRBUS untuk ke Kuala Lumpur.Nak tahu kenapa saya pergi Kuala Lumpur ? Ha,kerana kami menaiki pesawat MAS dan MAS tak ada pesawat untuk terus ke Penang.Jadi,kami kena transit Kuala Lumpur.
Sebelum kami ke Kuala Lumpur,kami ada pengalaman yang....tak beberapa begitu best.Pesawat kami tak beruntung kerana asyik kena 'delayed' saja.Jadi,kena 'delayed' sampai pukul 10.00 pagi.dahsyat kan?
Jadi,sampailah pesawat kami pada pukul 10.15 pagi.kami menaiki pesawat.Tapi,kami kena sayap pesawatlah pulak.Jadi,tak boleh nampak sangat pemandangan KIA.Jadi,lebih kurang pukul 11.45 pagi,sampai pun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jadi,kami lihat maklumat penerbangan.Saya tengok,pukul 12.35 baru pesawat kami nak pergi Penang.Sementara menunggu,kami pergi makan di Burger King.Tak adalah makan burger sangat.Makan ringan-ringan saja.Makan kentang goreng je....
Tengok,dah pukul 12.20.Nasib baik dah habis makan.Jadi kami terus ke pintu B4 iaitu pintu pesawat kami mendarat.Kami memasuki pesawat.Sekali lagi,kena bahagian sayap.Hati merungut."Alah,eee...tak bestlah".
Jadi,kami berlepas pukul 12.45.Dalam pesawat Boeing,kalau Airbus tadi boleh tengok video tentang keselamatan semasa dalam pesawat.Ni,dia guna anak kapal.Apa-apa jelah...asalkan selamat sampai....
Kami selamat sampai pada pukul 1.55 petang.Pak Lang saya menjemput saya.Sebelum pergi ke Kedah,kami pergi ke Balik Pulau,tempat tinggal nenek sebelah Mak Lang.Sampai sini dulu ya... .Nantikan episod yang seterusnya ya.Tunggu dan nantikannya........
No comments:
Post a Comment