Untuk kali ini, saya akan tulis untuk minggu yang pertama. Berikut adalah catatan untuk minggu yang pertama ini :
12 Oktober 2009
Pada sesi pertama (8.00 pagi - 10.00 pagi) , Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas tentang aktiviti-aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Setelah itu, sebuah tayangan video tentang 'Pembentukan Akhlak Remaja'. Selepas itu, kami berehat selama 30 minit. Pada sesi kedua pula (10.30 pagi - 12.30 pagi) , sebuah ceramah yang bertajuk 'Di Ambang Remaja' dan 'Siapa Diriku' oleh Ust. Abdul Halim bin Yunus.
13 Oktober 2009
Pada sesi pertama, aktiviti Panitia PSV dijalankan. Kami disuruh membuat pasu bunga. Setelah selesai, saya lihat betapa cantiknya hasil kerja kami. Pada sesi kedua, aktiviti Panitia KT dijalankan. Kami disuruh menjawab soalan yang ada pada Kad Soalan yang telah diberi.
14 Oktober 2009
Pada sesi pertama untuk hari ini, aktiviti Panitia BI telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan pertandingan Spell-It-Right. Kami disuruh mengeja perkataan yang diberi. Mula-mula, kami berlawan antara ahli-ahli kumpulan kami sendiri. Setelah diketahui pemenangnya, kami akan berentap semula antara pemenang untuk setiap kumpulan tadi. Mohd Naquib Safwan bin Sawal telah memenangi pertandingan untuk kategori lelaki manakala Dayang Fatin Zafira binti Awang Zainal untuk kategori perempuan. Untuk sesi kedua pula, aktiviti panitia BI sekali lagi tapi kali ini aktiviti diteruskan dengan English Drama. Kumpulan 4B atau kumpulan 8 telah memenangi pertandingan ini. Seronoknya hari ini....walaupun tak menang.
15 Oktober 2009
Untuk sesi yang pertama, aktiviti panitia M3 telah dijalankan. Aktiviti hari ini dimulakan dengan mempelajari cara untuk menggunakan abacus atau sempoa. Setelah itu, pertandingan abacus telah dijalankan. Pertandingan seperti ini dapat menguji mental dan juga fizikal kita kerana pertandingan abacus memerlukan kekuatan minda untuk berfikir dan ketangkasan tangan yang menguji fizikal kita. Untuk sesi yang kedua pula, aktiviti diteruskan lagi dengan tayangan video tentang matematik.
16 Oktober 2009
Hari ini giliran Panitia PAI pula yang mengadakan aktiviti. Pada sesi pertama, kami mengadakan solat sunat dhuha untuk murid-murid yang beragama Islam. Murid yang bukan beragama Islam pergi ke Bilik Akses untuk ICT. Sesi yang kedua pula ialah pertandingan menulis khat. Sesiapa yang mempunyai tulisan khat yang paling cantik dikira sebagai pemenang. Murid bukan Islam juga menyertai pertandingan ini.
Itu saja yang dapat saya tuliskan untuk Pasca UPSR SK Semerah Padi minggu yang pertama ini. Minggu hadapan saya akan menulis aktiviti untuk minggu yang kedua pula. Sehingga berjumpa lagi...
No comments:
Post a Comment