Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

13 September 2009

MERDEKA!! UPSR Selesai!

Hoorey!! Setelah 3 hari menduduki peperiksaan UPSR, akhirnya saya bebas daripada segala 'perangkap' belajar. Akhirnya saya bebas melakukan apa sahaja yang saya ingin lakukan. Berakhir saja UPSR saya pada 10 September 2009, saya terus melakukan apa yang ingin saya lakukan setelah selesai 'ujian besar' ini. Apa lagi, bermain komputerlah. Kalau tak, macam mana saya nak tulis post ni. Tapi debaran masih dirasai, keputusan saya yang akan keluar pada pertengahan bulan November ini bakal menentukan masa depanku. Apakah hajatku memasuki SMKA akan tercapai? Atau sebaliknya? Tapi sekarang, mari kita ENJOY!

Sebelum mengakhiri post ini, saya ada pesanan khas:
Kepada semua calon UPSR tahun 6, semoga berjaya dan semoga tercapai segala hajat untuk mendapat 'A' dalam semua subjek yang diduduki.

No comments: