Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

22 June 2008

Pertandingan Syarahan Agama anjuran DBKU Peringkat Bahagian Kuching/Samarahan 2008

Keratan akhbar dari Utusan Sarawak pada tahun 2008
Sementara saya memikir tentang episod Perjalanan Ke Daro yang seterusnya,biarlah saya menceritakan tentang yang lain supaya viewers tak boring.Saya telah memasuki sebuah pertandingan yang dinamakan Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Bahagian Kuching/Samarahan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).Pertandingan itu telah diadakan pada 14 Jun 2008.Seramai 27 peserta yang mendaftar namun hanya 21 orang saja yang telah menghadiri pertandingan tersebut.Yang lain telah menarik diri pada saat2 akhir.Kawan saya,Dyg.Diyana juga telah memasuki pertandingan tersebut.Kawan saya itu mendapat tempat yang ketiga manakala saya tidak berjaya.Walaupun tidak berjaya,saya berterima kasih kepada Ust.Hafiz kerana melatih saya dengan bersungguh-sungguh.Tidak lupa kepada ibu saya yang memberi sokongan kepada saya.Ini sahaja pengalaman saya ini.Apa-apa pun,tunggulah untuk Perjalanan Ke Daro eps.3.Sekian....

No comments: