Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

04 October 2008

Bandaraya Kuching (eps.2)

Helo,kepada yang baru mengunjungi laman web ini,saya ucapkan selamat datang ke "TripleM's Here".Seperti yang dinyatakan di dalam Pengenalan Kuching episod 1,saya akan ceritakan tentang bandaraya Kuching.


Pengenalan

Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri kepada Bumi Kenyalang iaitu Sarawak yang terletak di bahagian Malaysia Timur. Kuching juga merupakan bandaraya yang paling popular di Sarawak.Selain itu, Bandaraya Kuching juga dikenali sebagai bandaraya yang paling besar di kepulauan Borneo dan bandaraya yang ke-4 terbesar di Malaysia. Kuching diisytihar sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan diberi gelaran 'Bandar Kucing' atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai 'Cat City'


Pentadbiran

Bandaraya Kuching terletak di daerah Kuching. Keluasannya adalah 1,863 kilometer persegi (719 meter persegi), Kuching merupakan salah satu daripada 3 daerah di dalam Kuching Divisyen.Daerah Kuching telah ditadbir dan dibahagi kepada 3 kerajaan tempatan yang dinamakan sebagai DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara), (MBKS) Majlis Bandaraya Kuching Selatan, dan MPP (Majlis Perbandaran Padawan).

Kawasan Utara Sungai Sarawak, Kuching Lama, Satok dan bahagian Timur CBD adalah di bawah kawalan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Tapak keluasan DBKU adalah 369.48 kilometer persegi (142.66 meter persegi). Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan benar-benarnya di bawah pengawasan Ketua Menteri Sarawak.

Kawasan Selatan Sungai Sarawak, bahagian Barat CBD dan semua bahagian yang menghala ke Laut China Selatan adalah di bawah kawalan Majlis Bandaraya Kuching Selatan yang mempunyai keluasan tapak yang kecil iaitu 61.53 kilometer persegi (23.76 meter persegi).

Ada orang yang percaya bahawa divisyen di dalam kuasa bahagian utara (kebanyakannya penduduk adalah Melayu dan Bumiputra) dan selatan (kebanyakannya penduduk adalah Cina) muncul disebabkan krisis etnik pada zaman 80an. Ada juga yang percaya bahawa pentadbiran dibahagi bergantung kepada sebab-sebab geografikal, yang bahagian utara dan selatan dihubungkan dengan 2 jambatan yang melepasi sungai Sarawak.

Kerajaan Tempatan yang ketiga ialah Majlis Perbandaran Padawan atau lebih dikenali sebagai Majlis Perbandaran Luar Kuching, yang mentadbir kawasan luar bandar di dalam daerah Kuching, Batu Kawah, Kota Sentosa dan Batu Tiga.Ia mempunyai keluasan tapak yang terbesar iaitu 1,431.82 kilometer persegi (552.83 meter persegi).

Sekian sajalah dan nantikan catatan yang lain dalam episod yang seterusnya.Tunggu...

No comments: