Menunggu saat tibanya hari baru merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan semasa menunggu peristiwa bersejarah itu. Macam saya...pada 31 Disember 2009 yang lalu, saya telah mengikuti sebuah program yang dinamakan Sumpah Budayawan dan Seniman Muda Sedar ke-30. Majlisnya memang menyeronokkan. Berikut adalah catatannya :
28 Disember 2009
2.30 petang
Aku pergi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memulakan sesi latihan pertama. Aku ditugaskan untuk bermain 'beduk'. 'Beduk' adalah salah satu alat muzik yang terkenal di Sarawak selain Sape. Tapi, bukan aku seorang saja yang bermain alat muzik ini. Ada 7 orang lagi yang bersamaku. Selain 'beduk', alat muzik lain pun ada jugak. Ada angklung, gamelan, gitar, dan lain-lain lagi. Kami berlatih sehingga jam 5.30 petang.
29 Disember 2009
2.00 petang
Pada hari yang kedua, aku meneruskan sesi latihanku. Seronok jugak apabila dapat kawan baru. Pada jam 5.30 petang, kami diberi pilihan sama ada kami mahu pulang ataupun tinggal di DUN. Saya memilih untuk pulang. Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk tinggal di DUN. Tetapi, kami harus kembali lagi pada pukul 7.30 malam untuk meneruskan latihan.
7.30 malam
Seperti yang saya katakan, kami tiba di DUN pada pukul 7.30 malam. Walau bagaimanapun, sesi latihan itu dimulakan sedikit lambat kerana tiada guru yang memantau dan membantu kami untuk berlatih. Jadi, sesi latihan dimulakan pada pukul 8.00 malam. Kami berlatih. Walaupun seronok, tapi meletihkan juga. Kami berlatih sehingga jam 11.30 malam. Mana tak letih, kan? Tapi, semasa latihan tersebut, ibu saya memberitahu bahawa saya juga akan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis tersebut. Aduhai...busynya aku!!!
30 Disember 2009
5.30 petang
Ini adalah sesi latihan saya yang terakhir. Sebab, esok saya akan membuat persembahan. Tak sabar rasanya. Hari ini kami berlatih sampai pukul 12 tengah malam. Letihnya...
31 Disember 2009
6.00 petang
Today is show time!!! Hari ini adalah hari yang ditungggu-tunggu...saya akan membuat persembahan. Mula-mula, saya akan membaca Al-Quran setelah selesai sahaja solat Maghrib. Selepas itu, saya membuat persembahan iaitu bermain 'beduk' pada pukul 11.00 malam, iaitu semasa ketibaan tetamu kehormat majlis. Pada pukul 12.00 tengah malam, kami semua mengangkat sumpah iaitu 'Sumpah Budayawan'. Setelah itu, kami semua bermain 'Overture' iaitu gabungan 'beduk', angklung dan gamelan. Pada jam 1.30 pagi, majlis tersebut selesai dengan penuh gilang-gemilang dan jayanya.
Itu sahaja catatan saya untuk kali ini. Akhir kata, selamat menyambut tahun baru untuk semua. Sehingga bertemu lagi...
No comments:
Post a Comment