Informasi Terkini

Selamat datang ke TripleM's Here. Keputusan PMR akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Saya bagi pihak TripleM's Here ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!Get this Widget

13 November 2010

Cuti Sekolah Hampir Tiba!!!

Yay! Yay! Cuti Sekolah! Ya, betul! Kini cuti sekolah hampir tiba...!!!! Tapi ingat! Cuti, cuti jugak...study jangan lupa...supaya kita lebih bersedia untuk cabaran tahun hadapan. Dan tak lupa kepada pelajar SPM, all the best!!! Semoga mendapat keputusan yang cemerlang!!!


Mohd Muazzam Mifzal
Penulis Blog "TripleM's Here"

13 June 2010

Cuti Sekolah!!! Yahoo!!

Selamat datang ke "TripleM's Here". Musim cuti sekolah dah bermula!!! Yahoo!!! Tapi ingat, cuti, cuti juga...study jangan lupa...terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM. STPM dan STAM. Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan berikut, semoga berjaya...mudah-mudahan, segala usaha yang anda buat berbaloi...Amin...

03 June 2010

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sarawak 2010

Hai, Selamat Datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab lama dah tak tulis kat sini. Maklumlah ada Facebook kan...sampai lupa pulak blog ni. Hehehe... . Tujuan saya menulis di sini adalah untuk menulis tentang pertandingan yang saya sertai baru-baru ini iaitu Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sarawak 2010.


Pertandingan ini berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2010 iaitu pada minggu lepas. Seramai 23 sekolah dari seluruh Sarawak menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dianjur oleh SMK Batu Lintang dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuching. Pertandingan ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS). Serama 16 kumpulan membuat persembahan pada hari pertama manakala 7 lagi peserta membuat persembahan pada hari pertama. Berikut adalah catatannya:


25 Mei 2010
Hari ini aku bangun awal. Maklumlah, it's show time!!! Hari ini saya ada pertandingan. Nervousnya.....tapi bukan saya seorang je yang berlakon...ada 4 orang lagi...jadi adalah orang pakai cover saya kalau saya ada salah...hehehe... . Saya bangun agak awal hari ini. Maklumlah, bertolak pun awal... . Pukul 4.50 dah bangun...lepas tu solat, mandi, bersiap-siap then turun sarapan pagi. Lepas sarapan, naik kereta, terus ke sekolah sebab cikgu suruh berkumpul dulu sebelum bertolak. Sampai je sekolah, saya terus pakai kostum...hehehe...nampak pelik je saya tengok diri saya berkostum macam tu...lepas settle semua, kami pun bertolak pada pukul 6.47 pagi...awal kan? Kelas pun belum start lagi...memang mengantuk giler time tu... . Semasa perjalanan pergi ke MBKS, semua nak tidur je...maklumlah...pagi-pagi buta dah naik bas...beraircond pulak tu...makinlah sedap nak tidur... .


Sampai je kat MBKS, kami pun daftar dan letak segala props di tempat yang disediakan...lepas tu, kami pun practice sekejap sementara menunggu giliran kami. Oh ya, giliran kami adalah giliran yang ke-2 iaitu selepas SMK Bandar Kuching No. 1. Kami membuat persembahan pada sebelah pagi iaitu lebih kurang pukul 8.30 pagi...sebab tu kami bertolak awal...MBKS tu jauh...hampir satu jam baru sampai destinasi. Memang berdegup kencang jantung saya...sampai je giliran kami, kami pun bersiap sedia dengan props, lightning, sound effects dan lain-lain lagi. Apabila selesai sahaja persembahan, kami pun menarik nafas lega...Fuhh.... .


Kami pun turun dari pentas dan masuk ke auditorium semula untuk melihat persembahan dari sekolah lain. Mereka semua hebat-hebat belaka sampai gerun kami melihatnya...sebuah persaingan yang amat hebat... . Apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, kami pun pergi ke perkarangan auditorium untuk makan tengahari dan rehat. Kami pulang pada pukul 2 petang. Sepanjang perjalanan pulang, sekali lagi saya melihat ramai orang tidur. Maklumlah...masing-masing letih, kan? Kami selamat sampai di sekolah pada pukul 3.30 petang.


26 Mei 2010
Saya turun kembali ke sekolah pada hari ni. Macam pelajar lain jugak, saya pun belajar...pada pukul 11.30 pagi, 9 orang yang terpilih berkumpul di hadapan blok pentadbiran. Pada pukul 12 tengah hari, kami pun bertolak dan masing-masing pun tidur, termasuk saya...hehehee...


Kami tiba di sana pada pukul 1.05 petang. Setibanya kami di sana, kami terus memasuki auditorium di mana kami membuat persembahan kelmarin. Pada hari ini, kami ada majlis penangguhan dan pengumuman keputusan untuk pertandingan ini. Majlis hari ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat dan lagu Negaraku. Seterusnya ucapan oleh tetamu kehormat dan Ketua Hakim/Juri. Setelah itu, keputusan pun diumumkan dan SMK Batu Lintang telah memenangi pertandingan ini. Akhir sekali, persembahan oleh koir dan orkestra SMK Batu Lintang. Walaupun kami kalah, tapi kami tetap gembira kerana kami telah melakukan yang terbaik. Kami berangkat pulang ke sekolah pada pukul 3.50 petang dan selamat sampai di sekolah pada pukul 4.30 petang.


Itu sahaja catatan saya kali ini. Bertemu lagi pada masa akan datang dan teruskan melayari laman web saya ini.

12 February 2010

Kem Bakat Dan Jati Diri (Episod 2)

Hai, selamat datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab dah lama tak menulis kat sini. Jadi, ada masa senggang ni, saya nak sambung cerita tentang Kem Bakat dan Jati Diri yang saya sertai pada 30 November dahulu.


Sekolah kami ada ramai yang menyertai kem ni...tapi taklah ramai mana...tak sampai pun 10 orang... . Saya memasuki bidang Al-Quran. Bidang-bidang bakat adalah bidang yang dipilih berdasarkan kemahiran kita dalam bidang tersebut. Manakala, keempat-empat bidang merentasi tersebut wajib disertai oleh peserta.


Masa rehat kami adalah pada pukul 10 pagi dan juga pukul 1 tengahari (Jumaat : 12.00 tengahari). Pelbagai jenis makanan disediakan untuk peserta dan guru yang melatih kami. Mmm...lazatnya...


Setelah 15 hari berlatih di kem, pada 15 Disember 2009, kami pun membuat persembahan mengikut bidang bakat masing-masing. Kesemua peserta dalam bidang-bidang bakat tersebut memberi persembahan yang hebat. Kami juga diberi sijil penyertaan untuk membuktikan bahawa kami pernah mengikuti kem tersebut.


Itulah sahaja kiriman saya untuk kali ini. Berjumpa lagi di masa akan datang...

02 January 2010

Program Sumpah Budayawan dan Seniman Muda Sedar ke-30

Menunggu saat tibanya hari baru merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan semasa menunggu peristiwa bersejarah itu. Macam saya...pada 31 Disember 2009 yang lalu, saya telah mengikuti sebuah program yang dinamakan Sumpah Budayawan dan Seniman Muda Sedar ke-30. Majlisnya memang menyeronokkan. Berikut adalah catatannya :


28 Disember 2009
2.30 petang
Aku pergi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memulakan sesi latihan pertama. Aku ditugaskan untuk bermain 'beduk'. 'Beduk' adalah salah satu alat muzik yang terkenal di Sarawak selain Sape. Tapi, bukan aku seorang saja yang bermain alat muzik ini. Ada 7 orang lagi yang bersamaku. Selain 'beduk', alat muzik lain pun ada jugak. Ada angklung, gamelan, gitar, dan lain-lain lagi. Kami berlatih sehingga jam 5.30 petang.


29 Disember 2009
2.00 petang
Pada hari yang kedua, aku meneruskan sesi latihanku. Seronok jugak apabila dapat kawan baru. Pada jam 5.30 petang, kami diberi pilihan sama ada kami mahu pulang ataupun tinggal di DUN. Saya memilih untuk pulang. Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk tinggal di DUN. Tetapi, kami harus kembali lagi pada pukul 7.30 malam untuk meneruskan latihan.


7.30 malam
Seperti yang saya katakan, kami tiba di DUN pada pukul 7.30 malam. Walau bagaimanapun, sesi latihan itu dimulakan sedikit lambat kerana tiada guru yang memantau dan membantu kami untuk berlatih. Jadi, sesi latihan dimulakan pada pukul 8.00 malam. Kami berlatih. Walaupun seronok, tapi meletihkan juga. Kami berlatih sehingga jam 11.30 malam. Mana tak letih, kan? Tapi, semasa latihan tersebut, ibu saya memberitahu bahawa saya juga akan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis tersebut. Aduhai...busynya aku!!!


30 Disember 2009
5.30 petang
Ini adalah sesi latihan saya yang terakhir. Sebab, esok saya akan membuat persembahan. Tak sabar rasanya. Hari ini kami berlatih sampai pukul 12 tengah malam. Letihnya...


31 Disember 2009
6.00 petang
Today is show time!!! Hari ini adalah hari yang ditungggu-tunggu...saya akan membuat persembahan. Mula-mula, saya akan membaca Al-Quran setelah selesai sahaja solat Maghrib. Selepas itu, saya membuat persembahan iaitu bermain 'beduk' pada pukul 11.00 malam, iaitu semasa ketibaan tetamu kehormat majlis. Pada pukul 12.00 tengah malam, kami semua mengangkat sumpah iaitu 'Sumpah Budayawan'. Setelah itu, kami semua bermain 'Overture' iaitu gabungan 'beduk', angklung dan gamelan. Pada jam 1.30 pagi, majlis tersebut selesai dengan penuh gilang-gemilang dan jayanya.


Itu sahaja catatan saya untuk kali ini. Akhir kata, selamat menyambut tahun baru untuk semua. Sehingga bertemu lagi...

20 December 2009

Kem Bakat Dan Jati Diri (Episod 1)

Hai, selamat datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab lama dah tak menulis di blog. Maklumlah, busy sikit dengan aktiviti masa cuti sekolah. Itulah tujuan saya menulis untuk kali ini. Pada 30 November hingga 15 Disember lalu. Saya telah menyertai Kem Bakat & Jati Diri di Sekolah Kebangsaan (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SKA DHAKH) . Kem ini dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS) . Berikut adalah butirannya:


Nama       : Kem Bakat & Jati Diri
Tarikh      : 30 November - 15 Disember
Masa        : 8.00 pagi - 4.30 petang


Berikut adalah bidang-bidang dalam kem ini :


Bidang Bakat
1 Al-Quran
2 Kepimpinan
3 Drama & Teater
4 Muzik & Nyanyian
5 Seni Visual
6 Penulisan Kreatif


Bidang Merentasi
1 Lagu Rakyat
2 Jati Diri
3 Hadrah
4 Marhaban




Seramai 155 peserta yang mengikuti kem ini. Dan ada 25 fasilitator yang terlibat. Baiklah, sampai di sini dulu. Saya akan sambung cerita ini dalam episod yang akan datang. Tunggu ye...

08 December 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Kampung Budaya Sarawak (Siri 2)

Hello, selamat datang ke "TripleM's Here". Seperti yang mana saya janjikan, saya akan menyambung cerita saya tentang lawatan sambil belajar saya ke Kampung Budaya Sarawak (KBS)...


Apabila tiba sahaja di perkarangan KBS, kami terus masuk. Kami teruslah masuk sebab kami dah bayar beberapa hari sebelumnya melalui sekolah. Berbalik ke cerita, sebelum kami memulakan perjalanan, kami diberi sedikit taklimat tentang laluan perjalanan kami. Setelah itu, baru kami memulakan perjalanan kami.


Mula-mula, kami pergi ke rumah cina...di sana, ada pelbagai sejarah tentang cina dan rumahnya. Di sana juga ada proses menumbuk lada hitam yang ditunjukkan oleh seorang pakar menunjukkan proses tersebut.


Seterusnya, kami pergi ke Rumah Bidayuh...di sana ada tangga rumah panjang yang agak susah buat orang yang kali pertama menaiki tangga itu. Takutnya nak naik... .


Selepas itu, kami ke Rumah Melayu. Di sana, kami boleh lihat bagaimana bentuk dan dekorasi rumah melayu. Cantiknya!!! Terpegun saya melihatnya...


Kemudian, kami ke Rumah Melanau...rumah melanau merupakan rumah tertinggi...tingginya lebih kurang 150 cm... . Wow! Tingginya...sesipa yang gayat tidak digalakkan melihat rumah ini... . Nanti apa-apa terjadi, siapa susah? Diri sendiri jugak...


Banyak tempat kami pergi, tapi tiba-tiba, baru saja nak pergi balik ke Dewan Lagenda, hujan turun dengan lebatnya...apa lagi. kami semua lari lintang-pukanglah...ada yang berteduh dekat pondok, dekat pokok, dekat rumah-rumah dan lain-lain lagi. Terpaksalah kami tunggu sampai hujan reda. Beberapa minit kemudian, hujan pun reda...jadi kami pun pergi ke kantin yang tidak beberapa jauh dari tempat saya dan rakan-rakan saya berteduh. Selepas itu, kami pun terus ke Dewan Lagenda. Di sana, ada persembahan kebudayaan Kampung Budaya Sarawak. Persembahan ini hanya ada 2 kali dalam sehari iaitu pada pukul 12.00 tengahari dan 3.30 petang. Setelah selesai persembahan, kami pulang ke sekolah kami. Kecuali SKA DHAKH, mereka pergi ke Pasir Pandak untuk meneruskan lawatan.


Itu sajalah catatan saya buat kali ini. Saya akan menulis lagi pada masa akan datang. Sehingga berjumpa lagi...