Hai, selamat datang ke "TripleM's Here". Sorry sebab lama dah tak menulis di blog. Maklumlah, busy sikit dengan aktiviti masa cuti sekolah. Itulah tujuan saya menulis untuk kali ini. Pada 30 November hingga 15 Disember lalu. Saya telah menyertai Kem Bakat & Jati Diri di Sekolah Kebangsaan (Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SKA DHAKH) . Kem ini dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS) . Berikut adalah butirannya:
Nama : Kem Bakat & Jati Diri
Tarikh : 30 November - 15 Disember
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Berikut adalah bidang-bidang dalam kem ini :
Bidang Bakat
1 Al-Quran
2 Kepimpinan
3 Drama & Teater
4 Muzik & Nyanyian
5 Seni Visual
6 Penulisan Kreatif
Bidang Merentasi
1 Lagu Rakyat
2 Jati Diri
3 Hadrah
4 Marhaban
Seramai 155 peserta yang mengikuti kem ini. Dan ada 25 fasilitator yang terlibat. Baiklah, sampai di sini dulu. Saya akan sambung cerita ini dalam episod yang akan datang. Tunggu ye...
1 comment:
Kem bakat..luv it
Post a Comment